≡ Menu

Projek Jalan Pintas Kg Anak Kurau ke Taiping/Kemunting

Projek Jalan Pintas Kg Anak Kurau ke Taiping Kemunting

Saya mengambil peluang ini untuk mendedahkan keluhan penduduk Kampung Anak Kurau khasnya dan rakyat mukim Batu Kurau amnya mengenai projek Jalan Pintas yang menghubungkan Kampung Anak Kurau dan kampung-kampung sekitar dengan
pekan Kemunting dan seterusnya ke Taiping dan lain-lain bandar.

Projek ini telah diuar-uarkan sejak puluhan tahun dengan tujuan untuk memendekkan perjalanan antara kedua-dua destinasi yang terhalang dengan banjaran Bukit Jana. Ramai ahli politik terdahulu (YB-YB UMNO)  sering menjadikan
projek ini sebagai umpan pilihanraya. Rakyat dijanjikan bahawa peruntukan telah ada, tender telah dikenalpasti, ‘lay out’ sudah dibluluskan dan berbagai cerita lagi. Wal hasil, semuanya hanya tinggal janji. Menurut YB-YB terdahulu, dengan adanya projek tersebut, penduduk lebih sejahtera, membangun serta sosio ekonomi bertambah hebat kerana ramai peniaga dari bandar Taiping dan sebagainya lebih cepat sampai untuk membeli hasil keluaran kampung.

BACA:  Projek Mega Kampung Sim Sim Sandakan

Lebih 50 tahun rakyat dikencing oleh pemimpin terdahulu. Projek yang dirancang sering disabotaj. Difahamkan, peruntukan untuk membna jalan tersebut ‘dilarikan’ ke kawasan lain kerana dengan berbagai alasan.

Kini, setiap tahun, bila tibanya musim perayaan, anak rantau yang pulang berhari raya di Batu Kurau mengeluh panjang kerana Batu Kurau mengalami kesesakan yang sangat teruk. Keadaan sesak ini bermula sejak dari Kampung Ulu Sepetang hingga ke pekan Batu Kurau yang memakan jarak sekitar 8 kilometer. Begitu juga bagi pengguna yang datang daripada arah Ijok, mereka akan mula mengalami kesesakan dari pekan Jelai . Mereka akan mengalami kesesakan sekitar 5 hingga 6 kilometer dari pekan Batu Kurau.

BACA:  Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Terbiar Usang

Malahan, para perantau yang pulang berhari raya di kampung-kampung sekitar mukim Batu Kurau akan terasa ‘terbakar’ dan ‘panas hati’ dengan keadaan ini . Apa tidaknya, mereka telah melalui kesesakan yang panjang dari Kuala Lumpur, kini sekali mengharungi kesesakan  dari pekan Kemunting menuju kampung-kampung sekitar pekan Batu Kurau.

Diharap, pihak Aduan Rakyat TV3 sudi membuat liputan mengenai kes ini. In shaa Allah, saya sedia membekalkan info-info agar dapat mengetengahkan keluhan rakyat kawasan Batu Kurau.

Sekian, terima kasih.

Gambar: Suara Perak

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan