≡ Menu

Produk Muslim Tempatan Bercampur Dengan Produk Tidak Halal di Tesco Kepong Village Mall

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Tesco Kepong Village Mall di Bandar Manjalara untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

Saya berjalan-jalan melihat barangan sehingga tiba dihujung tempat ayam mentah, saya berjalan lagi melalui kawasan tidak halal untuk pusing terus ke depan kaunter bayaran.

Sambil-sambil saya lalu, saya melihat produk-produk makanan tidak halal yang berada di awal barisan rak. Kemudian barisan tengah, terdapat pula minuman alkohol/arak dan setelah itu, dibarisan hujung, ditempatkan pula barangan/produk Muslim tempatan tidak kira jenama dan jenis berada disitu.

BACA:  Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Saya agak terkejut dan rasa kesal serta hairan kenapa jenis produk seperti ubat gigi/ sabun berada disitu juga. Kenapa tidak ditempatkan di kawasan penjagaan diri (rak ubat gigi/sabun)?

Tiadakah S.O.P atau syarat untuk dipatuhi bagi membuka pasaraya di Malaysia yang merupakan negara Islam?

Ini menunjukkan bahawa produk-produk muslim tersebut telah di diskriminasikan oleh pihak pengurusan Tesco. Jika tidak berminat mempamerkan barangan tersebut, mengapa menerima produk tersebut? Adakah perkara ini berlaku di semua cawangan Tesco seluruh Malaysia? Kalau ya mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab?

BACA:  Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungjawab

Saya harap perkara ini dapat ditangani segera sebelum ia tersebar dan menjadi viral di media-media sosial serta diboikot oleh orang ramai seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.

Sekian terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan