≡ Menu

Premis Peniagaan Rosak & Tidak Selamat Digunakan di Kampung Temau

Premis Peniagaan Rosak & Tidak Selamat Digunakan di Kampung Temau

Saya merupakan salah seorang peniaga di premis perniagaan ini yang beralamat di Kampung Temau, Dong, Raub dan merupakan kedai sewa yang tertakluk di bawah Pembangunan Luar Bandar (PLB). Deretan premis perniagaan ini telah berusia lebih dari 25 tahun dan mengalami pelbagai kerosakan teruk, antaranya siling pecah, dan yang paling membimbangkan keadaan dinding premis ini yang terbelah dua, siling dan dinding renggang, menunggu masa untuk dinding ini runtuh.

Pihak Ketua Kampung, Ahli JKKK, dan Penghulu Mukim amat peka terhadap perkara ini dan telahpun mengadukan perkara ini setiap tahun kepada pihak PLB Raub. Aduan pertama yang telah saya lakukan adalah pada tahun 2002, dan pada tahun-tahun berikutnya aduan ke PLB telah dilakukan oleh Ketua Kampung. Terdapat pihak yang telah datang menyiasat keadaan premis ini namun setelah menunggu bertahun-tahun, tiada sebarang tindakan pembaikan premis ini dilakukan sehingga sekarang.

BACA:  Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosikal

Aduan juga telah dimajukan kepada YB. Dato’ Abd Aziz bin Haji Mat Kiram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang menerusi satu surat yang bertarikh 17 Disember 2018. Surat berkenaan juga telah diberikan kepada Menteri Besar Pahang, ADUN Dong dan Pegawai Daerah Raub menerusi email. Pada 19 Disember 2018, lawatan oleh beberapa pegawai termasuk ADUN Dong dilakukan ke premis ini, namun seperti biasa, tiada tindakan susulan sewajarnya selepas lawatan berkenaan dilaksana sehingga ke tarikh ini.

BACA:  Kilang Memproses Bitument Haram Beroperasi di Lawas

Sambutan dingin dari pihak bertanggungjawab terhadap isu ini adalah membimbangkan kerana keadaan premis perniagaan ini yang tidak selamat serta boleh meragut nyawa pada bila-bila masa sahaja. Diharapkan pihak bertanggungjawab memandang serius isu ini dan pembinaan premis yang lebih selamat dapat dilakukan segera.

Dinding bakal pecah dan runtuh di premis no. 3

Dinding bakal pecah dan runtuh di premis no. 3

Dinding retak dan terbelah dua di premis No 3

Dinding retak dan terbelah dua di premis No 3

Dinding retak di permis No 2

Dinding retak di permis No 2

Dinding retak di premis no. 1

Dinding retak di premis no. 1

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan