Pada 02 Jan 2012 jam lebih kurang 1900 pm, saya di tahan Polis ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Hutan Kampong. Beliau meminta lesen memandu untuk di periksa. Saya menghulurkan MyKad kepadanya. Beliau meminta lagi kepada saya dengan berkata “Encik saya hendak lesen memandu, bukan MyKad”, saya memberitahunya ia sebagai dokumen yang sah sebagai lesen memandu juga.

Beliau begitu marah kepada saya dan mengatakan saya tidak memberikan kerjasama kepadanya kerana enggan mmemberi lesen memandu yang di minta. Saya bertanya kenapa, ada masaalah ka. Ia menjwab kami tidak di bekalkan kid untuk pemeriksaan MyKad. Dan saya menjawab itu bukan masaalah saya.

Apa yang berlaku kenapa perlu memarahi saya kerana memberikan MyKad sebagai lesen memandu. Adakah MyKad tidak diakui sebagai dokumen memandu oleh Polis? Jalankan tugas dengan professional. Jangan salahkan pemandu jika tidak mempunyai kit pemeriksaan. Di harap pihak tuan dapan menyiasat aduan ini.

By: jabaR

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.