PKNS Tidak Lagi Membina Rumah Yang Mampu Dimiliki.

Sejak Kebelakangan ini harga rumah melambung naik terutama dilembah Klang. hakikatnya sekarang terutamanya kakitangan kerajaan sudah tidak lagi mampu untuk membeli rumah/aparment dilembah kelang. Dalam keadaan sebegini PKNS sepatutnya memainkan peranan agar dapat membina rumah yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Saya sangat berharap agar aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini.

Disini saya beri beberapa contoh projek perumahan PKNS di lembah klang aduan rakyat boleh melihat sendiri projek perumahan PKNS di laman WEB PKNS sendiri.

Saya dan kawan telah membuah beberapa perbandingan dan survey untuk membeli rumah yang mampu dimiliki.

Antara projek PKNS ialah:

  1. Perumahan Kg Bunga Raya Kuang 20’x 60” . Harga Bermula RM409,000.00
  2. Aqua Viila Town House : Bermula dari RM700,000.00
  3. Alam Nusantara  Bermula dari RM458,000.00
  4. Krisalis Kelana Jaya Bermula dari RM1.5 Million
  5. Aparrtment Kristal View Shah Alam Dan Kasturi Idaman Kota DamansaraBermula dari RM330,000.00

Jika Dibuat Perbandingan Dengan Pemaju Swasta lebih rendah:

  1. Tasik Biru Kuang oleh Zikay : 20’x 65′ RM259,000,000.00
  2. SPNB Aparment Tasik Biru : RM119,000.00
  3. Taman Desa Mas Oleh Desa Mahumas Contry Homes Rawang 20’x 65′:RM259,600.00

Jelas Diatas PKNS Selangor tidak lagi merupakan Negeri Berkebajikan.

Sebaliknya sudah beroriantasikan perniagaan. Ini Belum lagi bangunan-bangunan Komesial seperti rumah kedai.

Tidak hairanlah kenapa PKNS beriya2 untuk mengambil padang permainan tempat rekreasi sprti yang terjadi di Kelana Jaya yang mempunyai agedanya tersendiri bak kata perumpamaan ada udang disebalik batu.

By: Kamaruzzaman Ramli

10 thoughts on “PKNS Tidak Lagi Membina Rumah Yang Mampu Dimiliki.”

  1. sokonglah kerajaan barisan nasional, rumah jadi murah, harga minyak akan turun, barang2 murah. sudah 56 tahun kerajaan barisan nasional memerintah dan saya gembira berada di bawah pemerintahan kerajaan barisan nasional. kadar inflasi negara akan terus kekal rendah, rakyat tidak perlu berhutang banyak, hutang negara baru sahaja mencapai 46% KDNK. satu pencapaian yang hebat dari kerajaan barisan nasional, makin tinggi hutang negara maka makin tinggi kadar inflasi, makin tinggi kadar inflasi makin tinggi kos buat rumah. tidak mengapa kerana saya penyokong kuat barisan nasional, saya punya cukup wang hasil dari kontrak runding terus yang saya dapat dari kerajaan barisan nasional, saya mampu beli rumah mahal2. syabas kerajaan barisan nasional!

  2. tanoah dooh sempit selalu…lagie puin dooh bayok perumah di sedio kein leh kerajien..kalo bab gelapan ¬†..tanoah mahal jual murah tak tau lakk aku ..akalo ado

  3. sebelum diberi kuasa semua mereka leh buat..tapi bila dah memerintah sama je…..tau lak susah nya mentadbir negeri…alahai baru negeri dah mengeluh camna nak tadbir negara… cakap bikin tak serupa………..buat la apartmen banyak kalau kos tanah tinggi…ni dok wat banglo…memang tak cukup tanah la utuk orang miskin dan berpendapatan rendah nak miliki rumah… bila dah buat rumah flat..dah macam tong pulak..takde design yang menarik..bayar tetap kena bayar… kot kot mana pun rakyat juga yang susah……………….:(

  4. pkns hanya jual rumah yg 90% atau 100% siap. apartment tasik biru tu sampai sekarang tak dapat cf. apa kes.

  5. aku harap selepas BN ambil alih semula negeri selangor selepas ni pihak BN dpt selesaikan masalah ni.aku anak jati negeri selangor rasa mcm nak duduk negeri lain pulak sekarang.harga rumah gila2 mahal dkt selangor ni.carca marba jdnya.dulu cakap nak bantu rakyat sedehana/miskin.kerajaan PKR yg skrg ni terbalik.dorg tolong orang2 yang bertambah kaya dekat negeri selangor ni.sebab tu orang2 kaya makin banyak beli rumah dekat selangor ni.aku dapat rasakan yang BN dapat rampas semula selangor nnt.

  6. Rumah teres di Antara Gapi yang ceruk ulu tempat jin bertendang berharga dari RM305,000? Apa cerita ni PKNS? Nafsu pelahap bonus 12 bulan?

  7. Woiiiii pkns kalau nak tolong rakyat bersederhana….jgn terlalu mahal sgt la weiiii….nama jer pkns….tapi belagak poyo….kita ni duduk tanah melayu,so jgn la melampau sgt…pakai otak dah la guna tanah rakyat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>