Sejak Kebelakangan ini harga rumah melambung naik terutama dilembah Klang. hakikatnya sekarang terutamanya kakitangan kerajaan sudah tidak lagi mampu untuk membeli rumah/aparment dilembah kelang. Dalam keadaan sebegini PKNS sepatutnya memainkan peranan agar dapat membina rumah yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Saya sangat berharap agar aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini.

Disini saya beri beberapa contoh projek perumahan PKNS di lembah klang aduan rakyat boleh melihat sendiri projek perumahan PKNS di laman WEB PKNS sendiri.

Saya dan kawan telah membuah beberapa perbandingan dan survey untuk membeli rumah yang mampu dimiliki.

Antara projek PKNS ialah:

  1. Perumahan Kg Bunga Raya Kuang 20′x 60” . Harga Bermula RM409,000.00
  2. Aqua Viila Town House : Bermula dari RM700,000.00
  3. Alam Nusantara  Bermula dari RM458,000.00
  4. Krisalis Kelana Jaya Bermula dari RM1.5 Million
  5. Aparrtment Kristal View Shah Alam Dan Kasturi Idaman Kota DamansaraBermula dari RM330,000.00

Jika Dibuat Perbandingan Dengan Pemaju Swasta lebih rendah:

  1. Tasik Biru Kuang oleh Zikay : 20′x 65′ RM259,000,000.00
  2. SPNB Aparment Tasik Biru : RM119,000.00
  3. Taman Desa Mas Oleh Desa Mahumas Contry Homes Rawang 20′x 65′:RM259,600.00

Jelas Diatas PKNS Selangor tidak lagi merupakan Negeri Berkebajikan.

Sebaliknya sudah beroriantasikan perniagaan. Ini Belum lagi bangunan-bangunan Komesial seperti rumah kedai.

Tidak hairanlah kenapa PKNS beriya2 untuk mengambil padang permainan tempat rekreasi sprti yang terjadi di Kelana Jaya yang mempunyai agedanya tersendiri bak kata perumpamaan ada udang disebalik batu.

By: Kamaruzzaman Ramli

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.