Saya adalah merupakan antara pembeli apartment Banjaria Court di Gombak yang masih lagi menanti kunci daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Apartment tersebut sudah mula di jual sejak tahun 2009 lagi, dan sudah tiga tahun pembeli-pembeli menunggu.

Penantian kami lebih mengecewakan apabila melalui lebuhraya Duke kami hanya mampu melihat Apartment Banjaria Court yang berdiri tersegam indah namun kami masih lagi tidak mampu untuk duduki. Akibat kelewatan PKNS menyerahkan kunci, saya dan kebanyakan pembeli terpaksa membayar faedah pinjaman kepada pihak Bank. Perbelanjaan isi rumah bertambah kerana terpaksa membayar faedah dan dalam masa yang sama masih lagi tidak dapat menduduki rumah tersebut.

PKNS masih lagi membisu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bila pembeli Banjaria Court Apartment akan mendapat kunci. PKNS jangan simpan kunci rumah kami.    

By: Auzan Sazali

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.