Pinjaman MBSB janji tidak ditepati

Saya terbaca di ruangan ini berkaitan dengan Pinjaman yang di anjurkan MBSB. Memang janji tinggal janji saya pon telah menghadapinya sekarang tiada tempat untuk diluahkan.Pihak KWSP perlu mengambil tindakan ke atas anak syarikatnya MBSB kerana sedikit sebanyak telah memberi kesan kredibiliti atau reputasi syarikat tersebut.

Sekiranya sistem yang digunakan MBSB masih lemah dan tidak berupaya meningkatkan produknya, jangan terlalu gairah mendapatkan keuntungan dengan memperkenalkan produk yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan semata-mata untuk mengaburi peminjam.

Kenapa MBSB suka mencanang sebagai anak syarikat KWSP sedangkan sistem yang digunakan tidak setanding KWSP? Saya berharap agar beberapa pihak perlu mengambil inisiatif supaya syarikat atau bank yang menganjurkan pembiayaan ini tidak keterlaluan mengaburi peminjam dengan janji dan hadiah-hadiah lumayan seterusnya peminjam rasa kecewa dan meminjam ALONG…

By: KECEWA

48 thoughts on “Pinjaman MBSB janji tidak ditepati”

  1. bukan nak daptkan kelulusan pinjaman saja yang susah, nak dapatkan penyata untuk buat full settlement pun susah….dah beberapa minggu mohon,tapi,tak nampak apa-apa feedbackpun lg….sakit hati……serik dah nak buat pinjaman dengan mbsb…..

    1. Sy dan isteri kakitangan kerajaan. Sy beli rumah ke dua second hand harga 280k guna loan isteri. Masalah dah sign snp dan deposit 10%. Bank MBSB pemilik belum keluarkan full settlement letter dari 11 dis 2012. Memang MBSB lambat atau sengaja tangguh. Apa perlu sy buat deposit dah bayar ntah dah abis.

    2. betul… sgt setuju… saya mohon penyata full settlement ataupun dorang gelarkan RS (Redemption statement) katanya dlm 30 hari bekerja… lepas 30 hari bekerja saya tunggu x dpt2 jugak… last2 call kat kl bahagian pengeluaran RS tu dorang kata permohonan diterima belum 30 hari. rupa2nya branch yg hantar lewat seminggu ke HQ. dan RS tu saya dpt on the same day saya call tu. BOLEH PUN…..

      dan satu lg, boleh dikatakan semua pegawai yg menjawab telefon tu kene diberi kursus tatacara melayan pelanggan dan menjawab panggilan telefon. Sgt sakit hati apabila call ke mbsb… dah la suka transfer ke customer service, yg customer servis pun x membantu pastu suka transfer pat ploh lima kali baru dpt ckp dgn person in charge… mmg poor service la mbsb.. highly not recommended…

  2. saya pun rasa tertipu….masa nak ambik loan..siap cakap kalau yang buat loan tak sampai setahun akan dapat refund insuran paling lama 2 bulan …ni dari bulan 7 2010 tak dapat2 lagi refund sampai sekarang….hampeh…sebelum ambik bukan main lagi memujuk…dah ambik loan terus tak jawab telefon….

  3. ade pun orang yang macam aku jugak..mmg hampeh la MBSB ni aku punye refund insuran dah 4 bulan dah x dapat-dapat lagi..aku ada semua no tel refund MBSB ni..jom tel sampai dapat..x dapat gak aku nak buat surat layang pada Bos diaorg..

  4. Betul tu….. Bank Rakyat pun xde buat promosi mcm tu…. tp perjalanan loan tu lancar… MBSB perlu belajar dari Bank Rakyat….. bukan nya syok sendiri… dah ler lambat…. pastu.. agen-agennyer   cekik darah lak tu…mula-mula mintak 3k…. bila dah dpt duit… naik pulak… jd 5k…..  patut tak mcam tu…. mmg x berkat lah duit tu… amin….amin…amin….

  5. Pinjaman MBSB memang yang paling lembab dan banyak birokrasi.bila ditelefon,manis mulut bgtau akan akad padahal sampai lebih seminggu xde apepun yang berlaku.panggilan dari dorang….jauh sekali.lembab giler……….

    1. ye… setuju… kalau dorang minta kita tinggal no telefon dan dorang akan call balik – jgn harap la dorang nak call blk… baik kata tunggu je kalau person in charge tu tgh ckp phone ke, tgh discuss ngan boss ke… dh byk kali terkena… lg menyakitkan hati, hari ni call dan dorang kata akan call blk, dua hari kemudian call, dorang jwb person in charge tu dh berhenti kerja…

  6. saya baru 1st time membuat pinjaman.dan sy telah diperkenalkan untuk membuat pinjaman di MBSB..masa nak buat pinjaman tu saya tanya bila potongan gaji bermula…agen ckp bln 12..pada masa tu loan diluluskan bln 10…sy masih kurang arif pasal loan ni dan tanya lg..adakah untuk 2 bln sebelum potongan bermula saya perlu byar?agen tu kata tak perlu hanya tunggu potongan melalui gaji…tp lepas setahun bayaran dibuat melalui potongan gaji (ANGKASA) satu surat diberikan MBSB mengatakan saya belum lg menjelaskan tunggakan 2 bln.. saya tanya kwn yang lain, bank yang mereka membuat pinjaman semua memaklumkan samada perlu untuk membayar selepas loan approve dan pinjaman diperoleh..tp sy diberitahu tidak perlu sehinggalah MBSB memberi surat menyuruh sy menjelaskan tunggakan. dan mereka akan proceed untuk mengenakan late interest kpd sy..bayangkan potongan sy buat mengambil masa yang lama dan jika sy membiarkan sahaja, MBSB akn mendapat keuntungan BODOH jek dr interest yang dikenakan kpd sy melalui kelewatan bayaran yang pd mulanya ckp xperlu jelaskan…ni ke muslihat nk dpt untung…kenapa semasa awal2 pinjaman surat tak diberikan tetapi setelah hampir setahun dan duit pinjaman pun semakin berkurang baru nak tuntut bayaran…rakan2 sy ada nasihatkan jgn buat loan melalui MBSB tp oleh kerana pengalaman yang cetek tentang pinjaman ni sy rs menyesal pulak membuat pinjaman melalui..saya tak tau la ni silap MBSB atau agen/staff yang menguruskan pinjaman…bg mereka tu semua tak penting, janji mereka dpt komisyen…tak jadi nak promote pd rakan2 yang lain..

  7. kenapa banyak sangat komen negatif ni? takut lak nak apply. baru je plan nak apply mbsb. betul ke memang mbsb lembab? ke sebab ejen yang bermasalah?

    1.  Kepada Nurse_KL..saya bukan nak memburukkan MBSB tetapi ini yang terjadi
      kepada saya..Tahun lepas pada bulan julai saya ada membuat loan dengan
      MBSB sebanyak RM128,000.00..dapat loan, saya settlekan previous loan
      saya dengan BSN sebanyak RM96,000.00..loan BSN saya buat bulan oktober 2010.tetapi
      jumlah settlement dah kurang RM1,000.00…..jumlah pinjaman BSN
      RM97,000.00..tahun ni saya saya cuba dapatkan jumlah untuk settlekan
      loan dengan MBSB tetapi jumlah yang perlu saya bayar adalah
      RM134,516.00! Bayangkan betapa tingginya interest MBSB..RM6516.00! sedangkan BSN dan bank2 lain xde sampai camtu jumlahnya. 1 lagi, susah untuk kita buat loan dengan bank lain kerana pihak bank tahu untuk buat settlement MBSB, peminjam terpaksa membayar harga yang mahal seperti apa yang terjadi kepada saya.. Fikir2kanlah… Kepada MBSB, kenapa buat kami macam ni?

    2.  Kepada Nurse_KL..saya bukan nak memburukkan MBSB tetapi ini yang terjadi
      kepada saya..Tahun lepas pada bulan julai saya ada membuat loan dengan
      MBSB sebanyak RM128,000.00..dapat loan, saya settlekan previous loan
      saya dengan BSN sebanyak RM96,000.00..loan BSN saya buat bulan oktober 2010.tetapi
      jumlah settlement dah kurang RM1,000.00…..jumlah pinjaman BSN
      RM97,000.00..tahun ni saya saya cuba dapatkan jumlah untuk settlekan
      loan dengan MBSB tetapi jumlah yang perlu saya bayar adalah
      RM134,516.00! Bayangkan betapa tingginya interest MBSB..RM6516.00! sedangkan BSN dan bank2 lain xde sampai camtu jumlahnya. 1 lagi, susah untuk kita buat loan dengan bank lain kerana pihak bank tahu untuk buat settlement MBSB, peminjam terpaksa membayar harga yang mahal seperti apa yang terjadi kepada saya.. Fikir2kanlah… Kepada MBSB, kenapa buat kami macam ni?

      1. Sebenarnya, bila ambil pinjaman MBSB, dia akan ambil keuntungan dari settlement yang dibuat oleh peminjam. MBSB akan klausakan dia akan amik sekian interest untuk penyelesaian. Jika nak untung ambil MBSB, settlekan loan after 5 tahun pinjam, sebab interest dia endah untuk penyelesaian after 5 tahun. Kalau betul-betul nak ambil MBSB and nak jimat, kena pastikan anda komited bayar MBSB selama 5 tahun then overlap le dgn bank-bank lain.

    3. lembab dan tipu,ko buat je dgn bank rakyat lagi selamat…masa tanya tu kalau bank rakyat bagitau ko dapat dalam tangan 30k itu lah yg ko akan dapat tak mcm mbsb..mula2 ckp dpt dlm 20k pastu bila tgh akad ckp dpt dlm 9k je sial

      1. jumlah aku tak pasti.. tapi pasal lembab aku sokong.. janji dua minggu.. tapi aku dah double dua minggu pun belum masuk sistem? paling teliti la aku mengisi borang!!!!!!!!!!!!!!!

      1. aku baru je merancang wat overlap bsn ke loan mbsb. knp diaorang ofer interst 3.99%. aku agk trtarik ofer tu tapi bila dah mcm2 komen ni, jd risau gak.. komen skit….

        1. Xde dh pakej 3.99%.Skrg bulan June 4.3%.Xchange I.Hubungi saya Dean 016-610 4824 untuk keterangan lanjut..MBSB ada byk pakej
          (1) Xchange-4.3%
          (2) Waslah-Sehingga 75% -5.5%
          (3) Vaganza-5.5%
          (4) Exec-I-Sehingga RM 300K pinjaman
          (5) Max-I-4.99%

        2. setahu aq la kan,sejak bulan 6 tahun ni,mbsb da byk buat perubahan sbb bosss dorg da sound..entah la mmber2 aq bru buat ok jer..tp x tahu la betul ke x…

        3. hati2..baca borang permohonan tu betul2. tiap inci klausa tu baca. mintak agen anda wat kiraan2 dulu… kt situ ade tulis penolakannya.. saya n hubby pun plan nk wat personal loan kt mbsb utk beli tanah rm200k(3.99%).. tapi bila tengok 5% fee(dah cecah 5 angka) dan lain2 cam insuran nyawa( padahal x mintak pun) + saving book + kad teman ku dll… bersih dlm tgn hanya 180 lebih kurang… xberbaloi. waspada la kite. agen saya itu ok… cuma klu cakap tanpa tunjuk kiraan bertulis kita xnmpk… offer mmg boom!! tapi diaorg x sebut ade processing fee 5%.. sama2 la kita alert. tq

  8. apa yg diterangkan tak betul ni, kepada yg kata agen cekik darah. mbsb mana ada minta komisen dgn client. tu bukan salah mbsb, tu agen2 tak betul. 
    Kenapa memohon Pembiayaan Peribadi MBSB melalui Kami?

    Lebih Telus dan Cepat – kami membantu anda menguruskan permohonan anda terus ke HQ MBSB di Kuala Lumpur Dan LOAN CEPAT LULUSTiada Caj Tersembunyi – kami tidak memegang buku bank atau kad ATM andaTanpa Upfront – kami tidak mengenakan apa apa bayaran pendahuluanTiada yuran bulanan – apa yang dilihat pada jadual itulah yg akan dipotongAgensi yang sah menguruskan Pembiayaan Peribadi MBSB

    http://www.pinjamanperibadi-terbaik2u.blogspot.com/p/loan-mbsb.html

    1. Tak payah nak mengarut la Sharifulhashim99..aku dah terkena..dah tau cmne mbsb nye keje..kepada yang laen, xyah buat loan ngan mbsb..kalo xnak terkene…

      1.  betul, betul, betul……. mbsb teruk, jangan buat pinjaman dengan mereka ini…. aku pun dah kena…..

      2. saya sokong.. aku pun dah kena… kata in progres.. dan suh tepon minggu depan hari selasa.. sekali telepon semula takda dalam sistem? mana satu betul ni? dalam proses ke atau tengah nak proses?

    2. betul ke? ramai cakap kalo dengan agent lambat skit.. so aku trus ke cawangan berdepan ngan kerani MBSB (bukan agent) tapi still 4 minggu blom masuk sistem.. acanner tu? ni bukan cerita bohong ni penglaman.. skang ni aku dah mula minta semula dokumen nak tukar tempat..

  9. Aku pun da kena gak…sial sgt2 mbsb ni..sblm dpt loan,jnji mcm2..sy loan mula
    86k di bank rakyat…Then sy loan di mbsb, tutup b.rakyat 108k..tp,korang tau brapa je sy dpt..sy dpt 12k je..bla sy kol,knapa dpt 12k je,dorg bgtau ckp yg lainnya insurans,yuran proses,yuran itu ini..takkan sampai 10k lbih..cekik darah sgt2..sapa bos mbsb ni..jom kita tnya trus dkt dia..ni staff dia yg celaka ni..

    1. aku pun dah kena gak,last aku overlap mbsb ni mula2 ckp dpt kt tangan 20 k pas tu bila dah akad dia ckp dapat dlm 9k je….kuat tipu la mbsb…pada yg nk buat pinjaman tu baik buat kt bank rakyat…nk pinjam bank lain pun senang…kalau dah buat pinjaman ngan mbsb susah nk buat pinjaman kt bank lain

  10. Saya pernah buat pinjaman di mbsb.lepas itu saya kenalkan kawan saya pula untuk ambil loan.Ajen itu janji nak bayar saya komisyen jika saya kenalkan sesiapa.kawan saya telah pun ambil loan tersebuta tetapi ajen itu sampai hari tak bayar komisyen walaupun beberapa kali saya telah call dia.kenapa suka tipu mcm ini.Ajenitu bernama Syam no HP; 019 4885877.tak patut lah buat mcm ini.

  11. APALAH MBSB NIIII..KATA NAK PULANGKAN SEMULA DUIT INSURAN LOAN YANG LAMA TAPI HAMPEH BETUL…TAK DA..DIA SURUH CALL..BERPULUH KALI PUN TAK DAPAT…

  12. ni yang aku kena…
    perkara yang akan dipotong dari loan mbsb…
    1. yuran proses rm…. ikut persen pinjaman
    2. duti setem rm 10.00
    3. deposit sekuriti rm ….. berapa kita buat pinjaman
    4. sumbangan takaful rm 1938.00
    5. carian bankrup rm 12.00
    6. wasiat rm 350.00
    7. wadiah rm 50.00
    8. ahli temanku rm 20.00
    9. hong leong i save rm 650.00
    10. duit pindahan wang ke bank lain rm 2.00/4.00

    semuanya mengarott!!!!! pinjam kat bank lain ada gak tolak duit tapi x la sampai cm ni….
    sebelum dapat ape2 dokumen bukan manis lagi mulut memujuk buat loan…
    bila dah dapat doc.. kita call buat2 x kenal lagi…. macam see-al!!!

    nasib baik aku ni x buta sangat… g jahanam mbsb.. serupa itu ahlong…

  13. prosesing mbsb no 1 yang paling lembab!!!! di banding dangn kprasi lain!!!!! lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!..lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!..lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!..lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!..lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!.. lembab!!!!!!!!!..cakap x srupa cakap,,,,,,bodoh!!!!bodoh!!!!bodoh!!!bodoh!!!!….

  14. kapada pengarah mbsb!!!! tgoklah bahgian prssing!!!! biar x makan gaji buta!!!!!!!! da lulus kat 2minggu,,tpi x akad2 lagi,,,kalau x de duit nak bagi!! tutup jelah mbsb bodoh!!!!!!

  15. aku baru buat loan mbsb , memang lambat n lembab…. sampai sekarang x dapat lagi. dulu wat pinjaman bank rakyat cepat, cimb pun cepat urusanya.

  16. sya uruskan loan peribadi dgn koperasi perdanajaya :), mmg ramai customer yg proceed loan dgn saya utk tutup MBSB..tp tu la,org slalu nye akan tertarik dgn interest yg rendah,tp kualiti servis nil..

  17. Teluslah sgt….telepon berkali2 tak nak angkat….angkat pun dua hari cal br dpt….tupun layan mcm hampeh…dulu masa nk pinjam bkn men manis mulut….

  18. Saya membuat loan perumahan, bayaran sebanyak rm1450 sebulan, MBSB hanya memberitahu BLR sudah naik selepas 6 bulan, dia mengatakan customer perlu telefon uyk memastikan berapa amount yg perlu dibayar setiap bulan, sekarang kami perlu bayar interest sebanyak 15k, monthly 2140, kalau tidak rumah dilelong, layanan bahagian tungakan dah macam kami tak pernah bayar satu sen di MBSB, calculation yg mengelirukan dan interest yg sangat tinggi, 9.1%

  19. MBSB memang terok..terlalu banyak birokrasi. Dah seminggu aku call tanye status pinjaman semue bagi jawapan yang berlainan. Sekejap cakap dah diterime..sekejap cakap documen belom diterime. Lepasku cakap lagi tunggu 3 hari akan trime sms dr akad..ni dh dekat seminggu pun belom lagi. Kalau aku tau baik aku buat loan dengan bank rakyat. Tak banyak karenah. Tak byk birokrasi. Ini bukan masalah agen tapi masalah pihak kakitangan mbsb tu sendiri. Kite buat loan bukan nak pakai main2. Kite mmg nak gune duit ru. Kalau tak gune buat ape nak pinjam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>