Saya terbaca di ruangan ini berkaitan dengan Pinjaman yang di anjurkan MBSB. Memang janji tinggal janji saya pon telah menghadapinya sekarang tiada tempat untuk diluahkan.Pihak KWSP perlu mengambil tindakan ke atas anak syarikatnya MBSB kerana sedikit sebanyak telah memberi kesan kredibiliti atau reputasi syarikat tersebut.

Sekiranya sistem yang digunakan MBSB masih lemah dan tidak berupaya meningkatkan produknya, jangan terlalu gairah mendapatkan keuntungan dengan memperkenalkan produk yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan semata-mata untuk mengaburi peminjam.

Kenapa MBSB suka mencanang sebagai anak syarikat KWSP sedangkan sistem yang digunakan tidak setanding KWSP? Saya berharap agar beberapa pihak perlu mengambil inisiatif supaya syarikat atau bank yang menganjurkan pembiayaan ini tidak keterlaluan mengaburi peminjam dengan janji dan hadiah-hadiah lumayan seterusnya peminjam rasa kecewa dan meminjam ALONG…

By: KECEWA

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.