PETRONAS menindas pekerja

Saya ingin menyatakan kepada umum dan ingin meluahkan perasaan selaku seorang kakitangan disitu.

Dalam 2 tahun yang lepas, PETRONAS telah membuat satu program untuk eksekutifnya yang dipangil “Bottom 10%” atau “Marginal 3″. Konsep marginal 3 ini adalah diberikan kepada kakitangan eksekutif secara paksaan mengikut KPI. Kebanyakkan eksekutif terpaksa berada dalam ketakutan kerana sistem ini harus mendapat 10% mangsanya walaupun KPI mereka bagus.

Ini disebabkan tekanan yang telah diberikan kerajaan kepada PETRONAS dan PETRONAS tidak mampu untuk menampung jumlah yang diberi dan terpaksa mengambil inisiatif mengurangkan gaji para pekerjanya secara paksa/tidak sihat.

Keseluruhan kakitangan petronas berjumlah lebih kurang 44,000 orang dan 10% daripadanya dikenakan marginal 3 adalah berjumlah 4,400 orang dimana untuk seorang PETRONAS telah membekukan bonus,1/2 daripada kenaikan biasa dan potongan elaun teknikal. Jumlah tersebut adalah lebih kurang RM20000 untuk seorang.RM2000X4400=RM96.8 juta telah berjaya dijimat untuk diberikan kepada kerajaan.

Masalahnya, penindasan oleh PETRONAS kepada golongan eksekutif amat berat dan sekarang ini kebanyakkan kakitangan eksekutif telah berhenti kerja/bersara awal disebabkan tekanan tersebut.

Segala pejanjian antara PETRONAS dan majikan juga adalah berat sebelah dimana PETRONAS tidak mengikut perjanjian tersebut dan membuat undang2 sendiri untuk menjimatkan kos

Golongan bukan eksekutif pula terselamat daripada kekejaman PETRONAS kerana mereka mempunyai kesatuan KAPENAS yang mempunyai collective agreement manakala golongan eksekutif pula menerima padah.

Diharap pihak berkenaan dapat membuat sesuatu untuk memperbetulkan semua ini dan dapat mengkaji kemana hilang duit PETRONAS adakah sebab PETRONAS tidak untung atau kerajaan yang memaksa PETRONAS supaya tidak untuk dan akhirnya PETRONAS mengambil tindakan untuk menindan pekerjanya demi untuk ketamakkan pemimpin.

Segala bukti dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Human Resource dan juga breach of agreement boleh disertakan kepada yang sudi membantu.

By: John

10 thoughts on “PETRONAS menindas pekerja”

  1. banyaknya elaun pekerja petronas…potong sekali sekala takpelah…bonos dan kenaikan yang diterima selama ni tak simpan ke untuk emergency macam ni……kalau nak bandingkan dengan gaji pekerja yang lain gaji ekserkutif petronas 300 kali beso….elauan kamu yang dipotong sama dengan gaji kami kerja setahun tau…..

    1. come on.. minda biar global sikit. jangan la compare O&G industries dgn “gaji pekerja yang lain” yg industri buat botol. cuba kau tgk company O&G lain. gaji diorang sama dgn gaji staff gov diorang ke? kalau gaji sama buat apa susah2 keja O&G sampai pecah kepala. baik keja gomen kol 8-430 hari2.

      1. I agree with Pendeta. Compared to O&G industry even in Malaysia, Petronas engineers income are lower. The management see the bottom 10% ‘scheme’ is to encourage competitiveness within the company,but it does more harm than good. Many experienced engineers left the company. 

      1. sorry PENDETA , sebenarnya saya tujukan pada… si  Jhpsis  ( pendeta mu kerja cuci longkang je mana sama dengan gaji jurutera dsb yg seangkatan…lu fikir la serndiri.)

  2. Repot mender. Dah tau takkan ada jawapan. Kerajaan pembangkang pun sama la nanti. Dah janji nak bagi subsidi berbillion, nak ambil duit mana? Duit Petronas la. Nak dapat mana duit tu? Bonus, gaji dan elaun pekerja la. Ada faham! Petronas kan abang Long. Kena la korban banyak!

  3. Betul….. Petronas menuju kehancuran kalau mcm ni !!
    Politik sama je, kalau Pakatan perintah pun bank diorang confirm la Petronas juga, x kan Nik Aziz nak buka casino & challenge Marina BAy Sand……
    Kenapa la barua-barua dlm petronas ni x sedar diri…..
    Aku pun ada cita-cita nak join Petronas, tapi bila tengok staff-staff diorang ni masing-masing tunjuk pandai, organize main bowling apa kejadah…. mmg bullshit !!!
    Semua semata-mata demi KPI ……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>