Penjualan air daun ketom berleluasa di kampung saya dan penagih air daun ketom terdiri drp penduduk kampung, angkatan tentera dan pelajar sekolah. Saban hari penagih air daun ketom makin bertambah.

Saya mendapat tahu hasil penjualan air daun ketom sebanyak RM2000 sehari. Mereka melakukan aktiviti tersebut sudah hampir 3 tahun dan masih selamat (KEBAL) walaupun pejabat polis IPD tidak jauh dari tempat tersebut kerana pejual air daun ketom mendapat perlindugan dua seorang angota polis bahagian nakotik Sg. Petani.

Saya amat bimbang jika ianya berterusan akan merosakan seluruh masyarakat dan bangsa melayu dan saya juga takut untuk membuat laporan polis apabila polis pun bersubahat dengan mereka kerana mereka dapat tahu terlebih dahulu jika pihak polis akan datang untuk membuat serbuan. Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera .

Lokasi penjualan: No.123 kampung sg. layar hujung sg. petani kedah (gps kordinat N 05* 40.429′ E100*28.108′)

Angota polis yg terlibat: Nordin Ahmad dan din kecik (nama pangilan) bahagian narkotik IPD Sg. Petani.

daripada: Penduduk kecewa.

By: mira

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.