≡ Menu

Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh

Disebabkan pelbagai aktiviti yang SPNB anjurkan seperti kunjungan hormat dari tetamu-tetamu sehingga terlupa projek rumah Laguna Biru Fasa 2 yang lama tertangguh.

Tidak terfikirkah yang pembeli-pembeli terbeban membayar sewa untuk dua rumah? Saya selaku pembeli memang mengharapkan kunci rumah dapat secepat mungkin.

Rumah dibiarkan kosong selama lebih setahun. Kami pembeli dapat tengok rumah dari jauh. Sedangkan bulan-bulan bank dah potong duit kami! memang silap besar beli rumah bawah kelolaan SPNB ni.

BACA:  Penyerahan Kunci Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2

Perjumpaan sebelum ini SPNB beri harapan kepada pembeli bahawa kunci akan diserahkan pada March 2019. Dan hari ini 28/12/2019, janji SPNB untuk serahkan kunci pada March 2019 hanya tinggal janji. Alasan pihak kontraktor lambat buat kerja. Perlukah pembeli salahkan kepada kontraktor? SPNB selaku developer berkuasa mutlak keatas kontraktor.

Kami mahukan kunci rumah kami untuk kami duduki. Ada seorang pembeli sampai sanggup namanya di blacklist akibat tidak mampu membayar sewa dua rumah. Adakah itu yang pihak SPNB mahukan/harapkan?

BACA:  Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB)

Penjawat awam

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra Kesesakan di roundabout Bandar Saujana Putra yang menghubungkan antara Lebuhraya SKVE - Elite semakin serius dan membimbangkan. Waktu puncak keses...
Tiada Sekolah di Bandar Bukit Raja Klang Saya ingin mengadu mengenai tiadanya sekolah rendah dan menengah di Bandar Bukit Raja, Klang. Hanya ada satu sekolah tamil yang disediakan untuk p...
Taman Universiti Bangi: Pemaju Enggan Membayar Gan... Pembeli Rumah Taman Universiti Bangi Fasa 2 43000 Kajang Selangor 4 Disember 2018 Per: Pemaju Enggan Membayar Gantirugi Tertentu dan Ditetap...
Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB) Assalamulaikum, Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan Taman Elmina (bermula pada 15/02/2013) yang tidak di siapkan dalam t...