≡ Menu

Lampu Isyarat Yang Membahayakan di Persiaran Kuala Selangor dan Lebuhraya Shah Alam Kesas

Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya saya ingin membawa kepada perhatian tuan/puan berkenaan dengan keadaan lampu isyarat di persimpangan Persiaran Kuala Selangor dan Leburaya Shah Alam Kesas yang membimbangkan. Saya sertakan satu gambar yang menunjukkan betapa keliru lampu isyarat di persimpangan itu.

Salah satu lampu isyarat sudah rosak lebih dari 6 bulan lalu, tetapi masih tidak dibaiki. Seperti yang ditunjukkan di gambar ini, ada beberapa ketika, dua lampu isyarat di jarak yang lebih jauh memaparkan lampu HIJAU. Manakala lampu isyarat di jarak yang lebih dekat (di sebelah kanan) tunjukkan lampu MERAH.

BACA:  Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru

Sekiranya ada trak besar di sebelah kanan, pemandangan pemandu-pemandu lain tidak akan nampak lampu isyarat MERAH di sebelah kanan, dan lampu isysrat di sebelah kiri pula rosak. Pemandu-pemandu akan menjadi keliru, sangka lampu isyarat di jarak jauh yang berwarna hijau itu sah, akan memecut ke depan dan akan mengakibatkan kemalangan.

BACA:  Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi

Saya harap tuan/puan boleh tujukan kebimbangan saya kepada jabatan berkenaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya. Saya nak syorkan lampu isyarat tambahan dipasangkan di tepi jambatan sepertimana yang ditunjukkan di gambar yang disertakan dengan emel ini. Harap pihak tuan/puan boleh menimbangkan cadangan saya demi keselamatan pemandu-pemandu jalanraya.

Sekian Terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Rumah Tidak Siap, Pemaju Ambik Mudah Assalammualaikum wbt..saya ingin memohon daripada pihak aduan rakyat supaya dapat ketengah hal Duan daripada saya ini..saya ada salah seorang pemb...
Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun Saya adalah salah seorang dari 50 orang pembeli rumah (dari 240 unit) apartment  kos sederhana Selaseh Cemerlang, Gombak. Saya telah beli apartmen...
Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita I was informed by the sender of my parcel that the parcel was collected from them on Friday, 6th July 2018. On 10th July 2018, I checked the tracki...
Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB) Assalamulaikum, Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan Taman Elmina (bermula pada 15/02/2013) yang tidak di siapkan dalam t...