≡ Menu

Permukaan Jalan Raya Rosak di Lebuhraya Ipoh-Lumut

Saya Nazrin Shah Azlan, pengguna harian Lebuhraya Ipoh-Lumut ingin mengajukan aduan tentang kerosakan permukaan jalanraya di beberapa kawasan yang dilihat semakin kritikal.

Aduan pertama telah diajukan kepada JKR Negeri Perak melalui emel pada 15 Disember 2017 dan telah menerima maklumbalas pada 4 Januari 2018 daripada Penolong Jurutera Jalan JKR Perak, Puan Suhana Salihudin. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang kerja baikpulih yang dilakukan di kawasan yang laporkan. Emel susulan telah dihantar pada 23 Ogos 2018 untuk mendapatkan maklumat mengenai status aduan yang dibuat, namun tiada maklumbalas yang diterima.

Keadaan permukaan jalan yang rosak tersebut boleh mendatangkan bahaya serta kemalangan terutama kepada pengguna yang menunggang motosikal. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan motosikal yang ditunggang hilang keseimbangan apabila melalui jalan yang bermasalah itu.
Antara masalah yang dapat dilihat adalah berpunca dari kerja-kerja porthole patches lama yang tidak kemas dan banyak di kawasan yang sama menyebabkan jalan menjadi tidak rata serta masalah yang paling ketara adalah permukaan jalan tar yang sudah merekah dan rosak.

Antara kawasan yang dilihat paling terjejas ialah:

1. Lorong paling kiri dari sebelum hingga selepas persimpangan lampu isyarat Lahat (arah dari Batu Gajah ke Ipoh).
2. Laluan lurus dari persimpangan lampu isyarat Kledang ke persimpangan Silibin (di hadapan stesen minyak Petronas).
3. Lorong kiri dari Tronoh ke Siputeh (sebelum Akademi Pembangunan Belia Malaysia Perak)
Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dengan membaik pulih keadaan permukaan jalan raya tersebut bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan supaya lebih selamat untuk digunakan. Adalah lebih baik sekiranya pihak berwajib dapat turun padang dengan melihat dan melalui sendiri jalan yang dilaporkan bermasalah.
Seandainya kerja-kerja baikpulih dapat dilakukan, mohon wakil dari pihak JKR juga dapat turun untuk memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh sub-con yang dilantik supaya ianya dapat dibuat dengan mengikut SOP yang betul dan dapat memberikan hasil yang berkualiti. Ini kerana saya pernah melihat dengan mata sendiri, sub-con melakukan kerja-kerja porthole patches hanya menggunakan kaki untuk meratakan tar dan ditambah pula ianya dilakukan sewaktu hujan.
Sekian aduan saya, terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Kecuaian Hospital Kuala Kangsar dan Klinik Kesihat... Kecuaian yang biasa atau normal dalam kehidupan adalah kecil yang boleh kita terima atas alasan di berikan dengan mudah memohon maaf. Saya redo ap...
Ketelusan Dalam Mengisi Jawatan Kosong bagi Gradua... Assalamualaikum, Saya adalah seorang surirumah ingin membuat aduan tentang ketelusan tugas dikalangan Kakitangan Kerajaan dalam menjalani tugas...
Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online Salam. Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melay...
Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Ku... Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak aduan rakyat. Saya adalah salah seorang pembeli bagi Projek Perumahan Taman Meru Suria, Bandar Me...