≡ Menu

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Assalam.. saya haniza ingin bertanya berkenaan dengan rumah mesra rakyat. Suami saya ada membuat permohonan rumah mesra rakyat pada tahun 2012 di tapak tanah rumah suami di kampungnya.

Permohonan tersebut telah pada mac diluluskan pada Mac 2013 dan kami telah membuat segala urusan dengan peguam. Peguam telah mengarahkan kami membuat persedian kerana dalm tempoh terdekat akan ada urusan pembinaan pada bila-bila masa.

Setelah hampir 5 bulan, tiada seorang kontraktor atau surat dari SPNB berkenaan pembinaan rumah mesra tersebut. Saya juga telah menghubungi pihak SPNB bertanya masalah berkenaan, tapi mereka jawab belum ada perlantikan kontraktor. Malah mereka suruh kami sendiri mencari kontraktor untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah hampir setahun masih tiada apa yang dilakukan. Bila saya menghubungi SPNB masih jawapan yang sama diberi. Tetapi dalam tahun 2014 SPNB ada menghubungi suami saya yang sedang bekerja tengah memandu bas.

Suami saya beritahu SPNB minta telefon semula kerana sedang memandu, tetapi pihak SPNB marah dan berkata ” jawab je setuju atau tidak bila bayaran bulanan rumah mesra akan dinaikan dari RM 150 kepada RM 280″.

BACA:  Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online

Oleh kerana dalam situasi memandu suami saya hanya sempat bertanya sekiranya tidak setuju, apa yang akan terjadi? SPNB jawab kami akan membuat pembatalan. Suami saya bertanya lagi ada kena kos atau tidak? SPNB jawab, oleh kerana pihak SPNB yang buat pembatalan tiada kos dikenakan. Oleh itu suami saya cakal tidak setuju dengan kenaikan tersebut. Tidak sempat suami saya tanya siapa nama yang menghubungi, pihak SPNB tadi hanya “jawab ok baiklah” dan terus letak panggilan. Suami saya tidak puas hati dengan layanan pihak SPNB tersebut, lebih-lebih lagi yang membuat panggilan itu adalah wanita dan bercakap kasar.

Oleh yang demikian suami saya terus mesej saya suruh hubungi SPNB semula. Saya telah menghubungi SPNB setelah terdapat perbincangan pihaknya bersetuju dengan pembatalan yang dibuat oleh SPNB sendiri, kerana pihaknya yang menghubungi untuk tujuan setuju atau tidak. Dan sekiranya tidak secara automatik pembatalan dibuat oleh pihak SPNB. Mereka jelaskan lagi surat pembatalah akan sampai dalam tempoh 3 bulan. Setelah 3 bulan saya tidak dapat sebarang surat.

BACA:  Masalah di Pangsapuri Kos Rendah LC700 di Pandan Perdana

Saya terus hubungi pihak SPNB, mereka jawab dengan kasar beritahu saya, bukan saya seorang yang hendak diuruskan. Saya amat kesal dengan jawapanya. Oleh itu saya hunbungi semula 5 bulan selepas kejadian kekasaran sebelumnya. Lebih memeranjatkan pihaknya beritahu pekerja yang uruskan fail kami telah berpindah, dan pihak SPNB akan kenakan kos untuk pebatalan tersebut.

Saya hairan macammana boleh terjadi maslah ini. Sedangkan sepatutnya tiada kos kerana pekerja sebelum ini telah mengesahkan tiada kos yang dikenakan malah surat telah dibuat cuma belum sampai kepada kami. Lebih dikesalkan lagi pada tahun lepas saya dapat surat dari SPNB surat kos bayaran untuk pemulangan geran. Sedangkan saya dan suami tidak ada kata bersetuju dengan kos tersebut kepada SPNB. Saya dan suami rasa macam tertipu dan dipermainkan oleh pihak SPNB.

Minta bantuan macam mana hendak selesaikan masalah ini. Kami bukanlah keluar dari orang senang.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan