Kehadapan pihak yang berkenaan,
Saya julia binti mahmud ingin memohon bantuan pihak berkenaan permohonan rumah di PPR Kampung Baru Hicom.
Untuk makluman pihak tuan/puan rumah tersebut di daftarkan atas nama arwah suami saya. Setelah suami saya meninggal pihak pengurusan telah mangarahkan saya dan anak anak keluar daripada rumah tersebut. Saya telah melakukan pelbagai cara untuk mempertahankan rumah tersebut, malangnya pihak pengurusan bersungguh sungguh mahu saya dan anak saya keluar dari rumah tersebut.
Saya berkeras untuk tidak keluar daripada rumah itu kerana saya tiada tempat untuk berteduh. Ke mana saya harus bawa anak anak saya seramai 7 orang?
Oleh di sebabkan itu saya sangat perharap pihak berkenaan mengambil serius terhadap aduan saya ini. Saya sangat memerlukan bantuan. Saya tidak tahu apa lagi yang harus saya lakukan.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan