Permohonan Menukar Geran Tanah untuk “Rumah Mesra Rakyat”
Salam 1 Malaysia,
Sejak akhir-akhir ini, seperti yang kita semua sedia maklum, harga rumah di Malaysia semakin melambung tinggi dan hal ini amat menyukarkan bagi rakyat OKU seperti saya. Tujuan saya membuat aduan ini adalah sekadar ingin meluahkan isi hati dan keinginan saya untuk mendapat “Rumah Mesra Rakyat”. Saya telah pun membuat permohonan rumah tersebut dan alhamdullillah semua telah pun diluluskan setelah 4 tahun menunggu.
Namun nasib tidak menyebelahi saya apabila bapa saudara saya tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas geran tanah untuk tapak rumah itu dibina. Penantian saya selama 4 tahun hanyalah sia-sia apabila rumah yang ditunggu tidak dapat dibina.
Hal ini amat mendukacitakan bagi saya dan oleh itu saya ingin memohon jasa baik pihak-pihak berkuasa supaya dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menukar geran tanah. Saya merupakan seorang OKU dan saya begitu berharap agar impian saya untuk mendapat “Rumah Mesra Rakyat” terlaksana.
Sekian Terima Kasih
By: Mohd Nazri
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Kongkekman





