≡ Menu

Permohonan Jalan Tar Sejauh 1km di Kampung Teluk Temelah

Encik Ahmad iaitu Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) telah membuat permohonan ini beberapa kali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baling walau bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil dan penduduk kampung juga merasakan amat kecewa dengan kegagalan Kerjaan Negeri menangani isu ini.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil inisiatif untuk memohon semula bagi pihak mereka. pemerhatian mendapati sebahagian kawasan perumahan dan pertanian tiada kemudahan jalan tar yang menjadi halangan dalam aktiviti penduduk serta pembangunan aktiviti ekonomi pertanian di kawasan berkenaan. Kemudahan jalan yang tidak sempurna ini menyebabkan halangan dalam kehidupan seharian penduduk serta mendatangkan kerugian kepada pekebun kecil di sekitar kampung berkenaan. Berikut adalah aktiviti pertanian di kawasan kebun penduduk kampung:

Memohon jalan tar di atas jalan batu kikir pada masa kini yang dianggarkan sepanjang 1 km dari jalan tar sedia ada sehingga kawasan ternakan lembu dan ladang-ladang yang berhampiran. Pembinaan jalan ini akan menghubungkan kawasan seluas lebih daripada 80 ekar. Penduduk kampung sangat mengharapkan agar cadangan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan tindakan penurapan jalan dapat dibuat dengan segera.

Terdapat 3 buah rumah kediaman yang dihubungi dengan jalan tanpa tar. Ini menimbulkan kesukaran dalam aktiviti seharian mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan ketiadaan jalan tar di rumah terlibat:

Jalan sedia ada yang rosak dan tidak berturap di kawasan pertanian menyebabkan kenderaan tidak dapat keluar masuk ke dalam kawasan pertanian dan ini menyukarkan aktiviti pengurusan kebun pertanian. Selain daripada itu, ini akan merugikan pemilik kebun. Keadaan jalan adalah seperti gambar berikut:

Terdapat kawasan kebun yang tidak diselenggara dengan baik kerana tiada kemudahan jalan yang sempurna. Kebun ini menjadi hutan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada pemilik tanah dan Kerajaan Negeri.

Berdasarkan pemerhatian , masalah di atas hanya akan dapat diatasi dengan menurap jalan sejauh 1km yang anggaran kos tidak melebihi RM100,000 dan kerja-kerja penurapan ini hendaklah dibuat secepat mungkin bagi kesenangan masyarakat kampung.

Masyarakat kampung berharap pemimpin tempatan terutama Kerjaan Negeri prihatin akan masalah penduduk kampung ini. Encik Ahmad selaku JKK kampung juga berharap permohonan yang dibuat kali ini mendapat maklumbalas yang positif bagi kesenangan dan kemudahan penduduk kampung.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan