Permohonan Bekalan Elektrik

Buat pengetahuan, kawasan saya Kg. Keramat Semporna di diami lebih kurang 50 orang penduduk dengan bilangan rumah sebanyak 15 buah. Apa yang menjadi permasalahan disini, kami telah mendiami kawasan tersebut lehih kurang 5 tahun namun sehingga kini kami penduduk kampung masih belum mendapatkan kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan air.

Apa yang menyedihkan kami, jarak sebenar sumber tenaga elektrik sedia ada dari kawasan kami hanya kira-kira 800 meter. untuk itu saya mewakili penduduk kampung memohon kepada pihak aduan rakyat agar memanjangkan permohonan kami kepada pihak berwajib. plan rumah menggunakan goggle earth, gambar rumah penduduk kampung serta salinan kad pengenalan berserta surat sokongan telah dihantar kepada pihak berwajib tetapi sehingga kini seperti menunggu sesuatu yang tidak pasti. harapan kami agar senario dan penantian ini dapat berakhir. terima kasih

By: ASIS BIN JASA

2 thoughts on “Permohonan Bekalan Elektrik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>