Buat pengetahuan, kawasan saya Kg. Pahit Dalam ( Bukit Ruyung ) Grik , Perak di diami lebih kurang 50 orang penduduk dengan bilangan rumah sebanyak 20 buah. Apa yang menjadi permasalahan disini, kami telah mendiami kawasan tersebut lehih kurang 10 tahun namun sehingga kini kami penduduk kampung masih belum mendapatkan kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan air.

Apa yang menyedihkan kami, jarak sebenar sumber tenaga elektrik sedia ada dari kawasan kami sangat dekat . Untuk itu saya mewakili penduduk kampung memohon sangat – sangat kepada pihak aduan rakyat agar memanjangkan permohonan kami kepada pihak berwajib. sudah banyak kali pihak tertentu datang melawat kawasan kami tetapi masih tiada perubahan apa – apa .

malah pihak kami telah membuat aduan pada surat khabar kosmo dan sinar dengan mendengarkan rintihan hati penduduk kampung tetapi masih tiada tindakbalas . gambar rumah penduduk kampung serta salinan kad pengenalan berserta surat sokongan telah dihantar kepada pihak berwajib tetapi sehingga kini seperti menunggu sesuatu yang tidak pasti. harapan kami agar senario dan penantian ini dapat berakhir. kami berharap sangat – sangat agar pihak tuan dapat menyelesaikan maslah kami ini dengan segera . terima kasih

By: norafidawati mazalan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.