
Permintaan jalan berturap di Kampung Tengah Lenggeng
Saya tinggal di Kampung Tengah Lenggeng, Negeri Sembilan. Saya salah seorang dari beberapa penduduk yang tinggal di sebuah kawasan yang agak jauh dari jalan raya. Jalan ke rumah kami hanyalah jalan tanah merah lebih kurang sepanjang 1 KM. Kami menggunakan jalan tersebut untuk keluuar masuk dan apabila hujan kami terpaksa meninggalkan kereta dan van ditepi jalan raya dan berjalan kaki ke rumah.
Keadaan ini sangatkan menyusahkan kami semua.Kami sudah tinggal di sini hampir 10 tahun. Dalam masa 10 tahun ini kami sudah membuat berkali-kali permohonan untuk mendapatkan jalan berturap tapi tidak pernak ada tindakan yang diambil. Setiap kali permohonan dibuat, alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa adalah belum ada peruntukan, rumah kurang dari empat buah rumah. Sedangkan di kawasan lain jalan lama semuanya sudah bertukar baru dan ada kawasan yang tidak mempunyai rumah juga diberikan jalan berturap.
Saya sudah membuat aduan kepada ketua kampung dan juga YB di kawasan Lenggeng ini tapi semuanya hanya sama saja. Sekarang saya betul-betul sudah terdesak memerlukan jalan berturap kerana saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 2013 dan saya ingin mengadakannya dirumah saya, tapi jika saya tidak berjaya mendapatkan jalan berturap sebelum itu saya terpaksa membatalkan majlis tersebut. Saya sangat berharap pihak aduan rakyat dapat menolong saya menyelesaikan masalah ini. Saya sangat berharap.
:rakyat didahulukan pencapaian diutamakan:
Apa gunaya slogan diatas jika rakyat seperti kami di abaikan seperti orang asing.
Kampung Tengah, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.
By: HANAFI
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Ampuntuan




