≡ Menu

Permasalahan Kemasukan & Kebanjiran Warga Asing di Malaysia

‘Bismillahirrahmannirrahim’

Assalamualaikum w.b.t.h. dan salam sejahtera.

Saya, Encik Wan ingin mengutarakan masalah ‘kemasukan dan kebanjiran warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal di Malaysia’, di mana kita semua kini di tahun 2015 ini pun masih menghadapi ancaman ‘makhluk asing’ ini, dan bilangan mereka masih lagi ramai dan bebas melata di seluruh pelusuk negara Malaysia yang kita cintai ini untuk berkeliaran, mencari rezeki dan megintai peluang yang ada di negara kita Malaysia yang bertuah ini.

Saya sebagai seorang ahli warganegara dan sebagai mewakili kepada sebahagian besar rakyat Malaysia berasa amat bimbang, bingung dan khuatir dengan situasi ini yang pastinya bakal mendatangkan impak negatif kepada keseimbangan negara Malaysia sendiri, penduduk tempatan dan masyarakat Malaysia amnya. Ianya terkesan terutamanya dari aspek agama, politik, ekonomi, sosial, kesihatan, lanskap dan budaya masyarakat tempatan negara Malaysia itu sendiri, di mana negara Malaysia kini sedang bergerak ke arah merealisasikan Wawasan Tahun 2020, dan kita sebagai warga tempatan tidak mahu negara yang kita cintai ini dicacatkan oleh terlampau banyak ‘makhluk asing’ yang berleluasa di tanah air, dan jika ianya tidak dikawal dan dibendung akan membahayakan negara dan masyarakat awam Malaysia itu sendiri, dan bakal merosakkan dan menjatuhkan negara!

Sebagai contoh, di mana jua saya berada, biarpun di sekitar kawasan kediaman saya, di atas jalan raya, di tempat kerja, di kedai-kedai dan di tempat-tempat awam, kelibat warga asing ini pasti akan kelihatan. Mereka bagaikan ‘berkampung’ di negara ini, dan saya sememangnya rimas dan tidak selesa dengan kehadiran mereka semua ini. Bukan kita sebagai rakyat tempatan sombong untuk menerima mereka, cuma saya lihat situasi yang berleluasa ini merbahaya kepada negara, di mana ada masyarakat awam dan tempatan yang menginap di dalamnya.

BACA:  Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online

Di mana juga saya berada, warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Afrika, Nepal, Filipina, Pakistan, Tanah Besar Cina, Vietnam dan lain-lain semuanya ada di Malaysia!Sehingga ada yang menggelarkan negara ini sebagai Banglasia dan Malaysia sebagai BolehLand (segalanya ada dan boleh dilakukan di Malaysia)! Di samping masyarakat tempatan (Kaum Melayu, Cina, India), kewujudan warga-warga asing ini amat menyemakkan keadaan! Bagi saya jika keadaan ini tidak terkawal, ianya bakal menjadi syurga kepada mereka dan neraka kepada kita penduduk tempatan!!!

 

Di mana-mana sahaja ada ‘makhluk asing’ ini. Dengan masalah komunikasi, adab dan perlakuan amat mencemarkan sosio-budaya masyarakat Malaysia! Sebut sahaja di industri mana, mereka pasti ada (restoran, kedai-kedai dan pejabat) dan sehingga ada di antara mereka yang berniaga dan membuat untung tanpa segan-silu di negara merdeka ini! Kita sebagai rakyat tempatan pula yang harus tunduk dan takut kepada mereka semua, adakah ini adil dan patut?!?

Duit negara banyak mengalir keluar kerana mereka, imej negara tercemar kerana mereka, air di Lembah Klang susut ankara mereka. Adakah kita hanya patut tengok dan bercakap sahaja?!? Mereka ini harus dihantar pulang, disekat dan dikuatkuasakan sebelum segalanya terlambat!!!

Biar pun di masjid-masjid ketika solat Jumaat pun penuh dengan warga mereka!!!

Kita sebagai rakyat di negara ini ingin hidup dengan gembira, bersih dan aman. Masih ada orang-orang tua, kaum muda dan kanak-kanak. Ada ahli keluarga,sanak saudara, sahabat handai, jiran rukun tetangga, rakan kenalan dan masyarakat kita. Janganlah ‘orang luar’ yang diberi keutamaan dan hak kita dibiarkan! Biarlah kita hanya bersaing secara sihat dengan kaum asal negara sahaja (Melayu, Cina, India dan suku-suku kecil Warganegara Tempatan Malaysia). Kehadiran dan kebanjiran warga-warga asing lebih merumitkan keadaan!!!

BACA:  Ruang Parkir Tidak Mencukupi di LRT Sri Rampai

Di industri perkhidmatan (restoran/ 7 Eleven) ‘makhluk-makhluk asing’ ini yang sememangnya menjejaskan demografi dan struktur negara, biarpun tidak kepada pelancong-pelancong asing, tetapi kepada penduduk tempatan. (Raykat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!). Kerajaan Malaysia perlu mengumumkan kepada orang awam adakah warga-warga asing ini dengan masalah komunikasi mereka boleh bekerja di sektor perkhidmatan, di mana pelanggan-pelanggan kebanyakannya terdiri dari penduduk dan warga tempatan. Biarlah negara ini dengan hal-hal, permasalahan dan isu-isu masyarakat tempatan sahaja, bukan disemakkan oleh masalah-masalah yang dipuncakan oleh warga asing ini (jenayah, pencemaran, pergaduhan dan lain-lain). Saya tidak dapat terima berita jenayah yang berlaku di dalam negara disebabkan oleh ‘makhluk-makhluk asing’ ini, ia lebih meyerabutkan suasana!!! Tolong nyahkan sebahagian besar mereka dari berada di dalam negara kita ini. Insya-Allah kita juga boleh bekerja keras dan maju dengan acuan dan cara kita sendiri!

Ada diantara mereka yang berkenderaan dan tidak mematuhi undang-undang jalanraya di Malaysia. Premis-premis urut, judi juga patut diserbu!!! Tolong kembalikan and berikan suasana yang positif, harmoni, selamat dan berkat di negara Malaysia ini, bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk semua!!!

P/S – Please DO SOMETHING to ease the burden of the Malaysian society as whole, for the better of us in shaping the future and sustain the bright and safe situation forever…Amin & Insya-Allah.

Sekian. Terima Kasih.

Wasalam & Regards,

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Ulat Tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Biadap... Ulat tiket pasti terdapat di mana-mana stesen bas selain Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang telah menggabungkan semua perkhidmatan dalam satu s...
Pengurusan Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur M... Pihak bertanggungjawab mengabaikan bapa saya yang kurang sihat atas alasan 'not urgent case'. Cuma berjumpa tidak lebih 3 kali di dalam wad itu pu...
Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online Salam. Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melay...
Kelewatan Pembayaran Elaun Pekerja Cacat (EPC) Assalamualaikum .. Saya seorang OKU PENGLIHATAN .. Pada tahun ini, Kami (Golongan OKU) tidak diberi sebarang notis pemberitahuan atas kelewatan...