≡ Menu

Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada aduan rakyat kerana menyediakan platform ini untuk kami membuat aduan.

Saya mewakili rakyat di kawasan Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai Kedah Darul Aman ingin menarik perhatian pihak aduan rakyat berkaitan masalah air yang telah kami hadapi selama ini.

Untuk makluman, setiap tahun perkara yang sama berlaku apabila tiba musim kemarau. Namun, apa yang saya harapkan ada tindakan jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan ini. Tindakan jangka pendek telah dibuat dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran air melalui lori terus ke rumah-rumah. Saya difahamkan bahawa loji tapisan air di Tupah menunjukkan bacaan isipadu air yang kurang menjelang musim kemarau. Namun, tindakan segera perlu dilakukan oleh kerajaan negeri memandangkan isu ini sudah lama berlaku tetapi masih belum selesai dan melibatkan keperluan asas kepada semua penduduk.

BACA:  Pembinaan 'Flyover' di Bandar Saujana Putra

Bagi saya, kerajaan negeri tidak perlu mencanangkan projek mega yang bakal dilaksanakan yang melibatkan jutaan ringgit, namun nasib rakyat marhaen seperti kami tidak dibela.Keperluan asas tidak dipenuhi.Apa yang kami perlukan adalah penyelesaian kepada masalah air kami. Janji demi janji telah ditaburkan oleh wakil rakyat .Namun, tiada tindakan jangka panjang yang dapat dilihat untuk masalah ini.

BACA:  Permohonan Jalan Tar Sejauh 1km di Kampung Teluk Temelah

Oleh yang demikian, saya merayu kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah yang membelenggu kami sehingga ke hari ini.

Sekian, terima kasih.

– aziyah

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan