Dimaklumkan bahawa saya telah melanggan Astro sejak lebih kurang 5 tahun lalu dan kira-kira sebulan lepas saya telah menaik taraf langganan kepada Astro Byond. Walaubagaimana pun pada pagi ahad yang lalu (15.5.2011) apabila saya hendak membuat tv astro didapati paparan di screen tv tertera “Software Updates” manakala di ‘decoder’ tertera papasan “Boot” > updated error”.

2. Lantas saya telah membuat panggilan di 1 300 82 3838 pada kira-kira jam 11 pagi dan memaklumkan situsi sebenar. Pegawai khidmat pelanggan telah meminta saya off power kira-kira 20 saat dan kemudian menghidupkan kembali tv astro. Namun situasi yang sama tetap berlaku.

3. Pegawai khidmat pelanggan telah memaklumkan bahawa beliau akan membuat report aduan dan pihak astro akan meminta pihak teknikal datang membuat pembetulan.

4. Oleh kerana menyangkakan bahawa pada hari ahad merupakan cuti hujung minggu dan hari selasa cuti thaipusam berkemungkinan ramai yang bercuti pada hari isnin, maka saya bersangka baik kerana besar kemungkinan pihak teknikal astro akan datang pada hari rabu.

5. Pada hari rabu pihak teknikal telah datang dan membuat pemeriksaan dan mengatakan bahawa decorder saya telah ‘hanging’ dan perlu diganti. Sehubungan itu pada sebelah petang kira-kira jam 6 ptg saya telah menghubungi pihak astro dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh pihak teknikal yg membuat pemeriksaan.

6. Maka pada hari berkenaan aduan saya itu telah dicatat dan no report telah diberi iaitu 114348790. Pihak khidmat pelanggan astro memberitahu akan merekodkan laporan dan pihak teknikal akan datang dalam tempoh 48 jam untuk membuat gantian ‘decorder’ tersebut.

7. Tunggu punya tunggu hingga ke hari jumaat petang tidak ada seorang pun dari pihak astro yang menghubungi saya. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu saya sekali lagi telah menguhubungi astro service 1 300 82 3838 dan seperti lazimnya jawapan yang diberi, report akan di catat untuk tindakan segera. Ragu-ragu dengan statment tersebut saya telah menghubungi semula pihak teknikal yang membuat pemasangan astro byond dulu. Namun pihak teknikal tersebut hanya berkelapangan datang pada sebelah sabtu malam. Ketika itu pihak berkenaan telah membawa sample decorder yang lain sebagai ujian dan didapati bahawa decoder yang dibawa itu dapat berfungsi dengan baik.

8. Sungguh pun begitu pihak teknikal tersebut tidak dapat menggantikan decoder saya yang rosak disebabkan mereka tidak mendapat arahan daripada pihak astro pusat.

9. Sekali lagi pada pagi ahad saya telah menghubungi astro service dan bertanyakan tentang perkhidmatan yang saya perlukan. Pihak khidmat pelanggan memaklumkan bahawa laporan telah pun dihantar kepada pihak Astro kawasan selangor terdahulu dan beliau akan memaklumkan sekali lagi keperluan tersebut. Dan sehingga pada saat ini iaitu 24/5/2011 jam 9.12 malam tiada sebarang panggilan apalgi kunjungan pihak teknikal astro bagi membaiki apa yang perlu sebagaimana aduan saya.

10. Saya merasa sangat kesal akan situasi ini. Mengapakah pihak astro tidak dapat memberikan perkhidmatan dengan berkesan. Sudahlah begitu saya dibiarkan tanpa sebarang pemakluman samada pihak teknikal yang bertugas sudah berhenti, sudah mati atau sebagainya. Maka sia-sia sahajalah nombor telefon saya diminta konon untuk rujukan.

11. Sehinggalah pada 25.5.2011 (hari ini) jam 12.15 tengahari pihak astro menghubungi saya dan memaklumkan bahawa hari ni pihak teknikal akan datang untuk menggantikan docerder saya.

12. Pada kira-kira jam 8.50 petang saya sekali lagi menghubungi astro service untuk bertanyakan tentang baki tunggakan saya jika ada kerana bercadang untuk menamatkan perkhidmatan astro. Pegawai bertugas memaklumkan oleh kerana saya baru lmelanggan astro byond, sekiranya saya ingin menamatkan langgananastro maka saya perlu membayar sejumlah penalti dan perlu juga mengembalikan sendiri decorder ke pusat khidmat pelanggan astro. Saya akur kenyataan bahawa saya perlu membayar penalti kerana ia merupakan kontrak.

13. Persoalan disini, kerugian / kemarahan saya agak-agak berapakah nilai yang perlu pihak astro membayarnya? Sungguhpun begitu, saya memberitahu pegawai bertugas bahawa hari ini masih ada kira-kira 5+ jam lagi pada waktu bercakap tersebut, dan saya akan menunggu. Ini bererti keputusan samada untuk menamatkan langganan astro atau tidak akan saya pertimbangkan mulai esok.

14. Dan sehingga kni (25.5.2011 jam 7.15 petang) pihak teknikal astro masih belum nampak bayang. Sampai bila harus saya menunggu.

Sekian, terima kasih.

By: Abdul Razak bin Hassan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.