Kecewa dengan perkhidmatan Bank RHB bagi sistem top up Paypal yang baru dilancarkan.  Duit telah ditolak daripada akaun simpanan bank namun belum ada sebarang duit di top up di dalam akaun Paypal.

Laporan telah dibuat kepada pihak bank namun tindakan belum diambil dan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulangkan semula duit yang telah ditolak. Tidak ada sebarang maklumbalas daripada pihak bank dan terpaksa menghubungi pihak bank dengan kerap untuk mendapatkan maklumbalas.

By: Noorlizawati

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.