≡ Menu

Perkhidmatan Pusat Servis Proton Lahad Datu Tidak Memuaskan

Saya adalah pemilik proton saga flx executive (transmisi manual) yang dibeli pada bulan Julai tahun 2012. Baru-baru ini kenderaan saya menghadapi masalah pada clutch di mana clutch terasa terlalu lembut dan kadang kala sukar untuk menukar gear dan pada 10/6/2014 saya telah pergi ke pusat service Proton di Lahad Datu untuk diperiksa dan pada masa itu clutch hanya di-adjust sahaja dan saya dimaklumkan bahawa hanya di bawah clutch tersebut telah longgar. Pada masa itu clutch pada kereta saya seolah-olah tiada perubahan pada cluth yang terasa lembut namun tiada masalah untuk menukar gear.

Namun pada 13/6/2014 semasa dalam perjalanan keluar daripada pejabat, saya menghadapi kesukaran untuk menukarkan gear dan saya terpaksa membawa kereta saya ke bengkel yang terdekat memandangkan pusat service proton di Lahad Datu adalah jauh daripada Bandar. Bengkel tersebut telah memeriksa kenderaan saya dan mendapati bahawa ‘clucth pump’ telah rosak dan pada masa itu kereta saya tidak dapat untuk memasukkan gear satu justeru itu kenderaan saya tidak dapat bergerak dan saya terpaksa meminta bengkel tersebut untuk memperbaiki kereta saya dan menukarkan ‘clutch pump’ tersebut memandangkan pada masa itu kenderaan saya sudah tidak dapat ke mana-mana.

BACA:  Lembaga Peperiksaan Tidak Kemaskini Keputusan SPM

Antara sebab kenapa saya tidak menghubungi pusat service proton lahad datu pada masa itu adalah kerana pada awal tahun 2013 sebelum ini kenderaan saya mengalami ‘breakdown’ dan setelah menghubungi pusat service proton lahad datu pada masa itu mereka memaklumkan untuk towing kenderaan saya ke pusat service mereka akan mengenakan bayaran dalam RM180 dan untuk menghantar mekanik mereka ke tempat saya pula mereka akan mengenakan bayaran sebanyak RM150 (saya dah tidak berapa ingat jumlah sebenar yang dinyatakan sebelum ini tetapi kedua-duanya masing-masing memang hampir RM200). Dan pada masa ‘breakdown’ tersebut saya terpaksa mencari mekanik luar untuk memeriksa kenderaan saya.

BACA:  Pelarasan Gaji PPMS KEMAS

Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah apabila saya membawa kereta saya ke pusat service proton di Lahad Datu berkenaan dengan masalah clutch, pihak mereka tidak menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh pada clutch kereta saya dan seolah-olah sambil lewa semasa menjalankan pemeriksaan dan untuk makluman kereta saya masih lagi dalam jaminan proton. Disebabkan saya terpaksa untuk menukar ‘clutch pump’ daripada bengkel luar secara otomatik warranty saya telah void dan kerugian RM181. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya pihak service proton Lahad Datu menjalankan pemeriksaan menyeluruh pada clutch kereta saya pada 10/6/14 lagi. Saya juga terkilan, jika saya tidak bawa ke bengkel luar saya mungkin masih lagi tidak akan menyedari bahawa ‘clutch pump’ pada kereta saya telah rosak.

Simon Lim

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Pelarasan Gaji PPMS KEMAS Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja da...
Lembaga Peperiksaan Tidak Kemaskini Keputusan SPM Anak saya SPM 2015. Dapat keputusan SPM 4A. Anak saya buat semakan semula untuk 2 mata pelajaran yg mendapat gred B+ dan setelah semakan semula dapatl...