≡ Menu

Perkhidmatan Bas City Liner

Merujuk kepada isu Bas City Liner yang diberitakan mengalami kerugian.

Saya mewakili rakan-rakan yang lain mohon perkhidmatan bas yang terhenti disambung / diganti serta merta.

Saya tinggal di Sek 24 Shah Alam dan bekerja di Klang. Saya menggunakan perkhidmatan bas City Liner untuk pergi & balik dari kerja (Komplek PKNS -Sek 19 -Sek 18 – Sek 24-Sek 17-Sek 16 – Padang Jawa – Sungai Rasau – Klang). Jadi apabila tiada bas amat sukar bagi kami yang berpendapatan rendah ini untuk keluar mencari rezeki.

Sekiranya tiada bas, kami terpaksa menaiki teksi. Caj yang dikenakan untuk perkhidmatan teksi amat mahal. RM 9 – RM 10 sehala. Bayangkan sehari kami perlu memperuntukkan lebih kurang RM 20 sehari untuk tambang teksi. Kalau sebulan, RM 520. Dengan gaji kami dalam lingkungan RM1000 sebulan, kami tidak mampu untuk menanggung kos tersebut.

Kami mohon agar ada pihak yang boleh membantu kami golongan tidak berkemampuan ini dengan kadar segera.

Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas keperihatian tuan.

By: ifa

{ 3 comments… add one }

  • penumpang yang menderita December 2, 2011, 18:26

    ha.. bukan sekatak di sana ja.. di sungai petani kedah pon bas cityliner xberoperasi 1/12/2011.. susah la macam nie…. orang nak ergi kerja pon susah… dah la bas satu je yang lalu area tikam batu… bas syarikat  UTC dah lama tutup…

  • Wutever December 9, 2011, 10:05

    sy jugak dari sg petani.mmg menyusahkan. ni belum musim sekolah mula lagi, kesian budak2 dan org yg nak pergi kerja.

  • izzie izzam July 19, 2012, 13:40

    saya student poli sabak bernam .. kat sini pon dah diberhentikan .. tak paham betul .. kenape lah susahkan orang mcm nie … nak balik pon kampung susah .. tket selalu habes .. kalau ada bas henti2 nih tade lah risau sngat … 

Leave a Comment