≡ Menu

Perkhidmatan Bas BET5 Teruk

Saya penumpang bas BET5 yang melakukan perjalanan KL – Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang.

Terdapat bas stop di beberapa lokasi BTP tetapi Syarikat Bas Setara Jaya Sdn Bhd (SJ) hanya mengambil dan menurunkan penumpang hanya pada 1 bas stop sahaja (Medan Puteri).

Saya mewakili rakan-rakan lain yang tinggal jauh dan tiada kemudahan pengangkutan lain. Ini menyusahkan kami para penumpang yang uzur dan tinggal jauh dari lokasi Medan Puteri.

BACA:  Iklan lucah undang masalah sosial kanak-kanak, remaja

Keselamatan kami sepanjang perjalanan menuju ke Medan Puteri juga tidak terbela. Kami membayar tambang yang agak mahal tapi mendapat perkhidmaran yang sangat-sangat mengecewakan.

SJ Bus juga sering men’skip’ jadual perjalanan dan melakukan ‘combine bus’ untuk menjimatkan kos mereka yang secara tidak langsung menyukarkan kami dengan mutu perkhidmatan mereka.

Segelintir dari kami terpaksa berdiri dan duduk di tangga sepanjang perjalanan dari lebuh Ampang – Jalan Kuching – Jalan Duta – Tol Rawang – Bandar Country Home – Bandar Tasik Puteri.

BACA:  Cadangan Mencegah Kegiatan Pedofil

Kami berharap aduan kami tidak dipandang sepi. Diharapkan juga satu alternatif lain atau penambah baikkan dapat dilakukan.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Projek Perumahan Taman Desa Anjung Putra, ... Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan di Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab (bermula pa...
Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Pe... Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan...
China Ladies Without Permit Are Giving Messages an...   There has been a number of people around Kenari, Puchong that has been talking about this place in the photo recently. It is said to be ...
Syabas Masih Tidak Memberi Respon Terhadap Pangsap... Bermula pada 7 am(22/12/2018) ketua pengerusi Pangsapuri Berembang Indah , Ampang,Kuala Lumpur telah membuat aduan kepada pihak SYABAS untuk membe...