Perkhidmatan Bank Rakyat yang menjengkelkan

Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan perkhidmatan staf kakitangan Bank Rakyat bahagian kutipan yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan. Nama staf tersebut ialah Anis. Cara dia bercakap dengan saya sangat kurang ajar seolah-olah saya berhutang dengan dia plulak. tersebut ada juga mengugut saya dengan mengatakan dia tak kisah kalau saya nak adukan sikapnya pada sesiapa yang berkenaan. Kelakuannya sangat ego. Padahal dia cuma pekerja saja. Saya rasa ramai orang diluar sana yang mengalami nasib seperti saya.

Saya tidak kisah jika dia hendak menghantar sms reminder kepada saya tetapi tidak perlulah menghantar berulang kali tanpa memeriksa terlebih dahulu dalam rekod sebelum menghantar sms reminder. Saya sudah reply berkali- kali dengan menyuruh dia memeriksa rekod pembayaran dulu sebelum menghantar reminder kepada pelanggan tapi dia melakukannyer. Cara staf tersebut sangat menjengkelkan saya kerna tidak tahu menghormati pelanggan.

Berginikah layanan anda terhadap pelanggan.Perkara ini dah terlalu lama saya simpan,tapi sekarang saya ingin meluahkannya. Saya berharap agar aduan saya ini dapat diberi perhatian.

By: suzana

16 thoughts on “Perkhidmatan Bank Rakyat yang menjengkelkan”

  1. betuiii…saya pun pernah kena,dengan sikap acuh tak acuh melayan keperluan pelanggan,,,,,,,belagak tk tentu pasal…mereka tk sedar ke keuntungan meeka adalah dari pelanggan….

  2. Saya pun sedih dengan kakitangan kad kredit Bank Rakyat..saya telefon untuk betanyakan berapa saya perlu bayar untuk tutup akaun kad kredit saya..tetapi kakitangan tersebut TERUS PUTUSKAN TALIAN..bukan sekali 4KALI!! beginikah pegawai atasan melatih kakitangannya dalam melayan pelanggan mereka..sedih.cukup sedih..bertambah sedih kad kredit saya tamat tempoh&Bank Rakyat berjanji akan menghantar kad gantian tetapi selepas setahun saya masih menunggu kad tersebut..agaknya sebab bonus terlalu banyak penyebab kakitangan Bank Rakyat layan pelanggan mereka begitu..

  3. likely depa dooh untung bayoak ..likely ats sokongei ..direct indirectly dari kerajaein samao..jadi  service alaa kadar laa…tak lamoa lagie punah lah…

    1. government bole la buat loan ni…kami yg swasta asik diketepikan jer…bukan x penah tny…belum sempat nk tny, da kene reject…huhuhu!! sadissss

  4. Bank rakyat labuan lg la menyakitkan hati,kita nak simpan brg kemas ar-rahnu dsna,pndang2 sinis tak tentu psl,dah tu muka staf lelaki dia smua mcm beruk nak mkn org,pndang rendah dkt org sbb nak gadai brg kemas,hello brader..sedar sikit brg yg nak aku gadai ni bkn nya batu kat tepi jln tu,ni brg kemas emas lah,tu pun nak sinis2 dkt org tak tentu psl ke,menyampah betul,mcm la org nak pinjm duit dr dia,tu duit dr bank yg ko keja jd kuli lah,pirrlah dgn kesombongan kmu yg tak ensem huahuahua

  5. saya rasa “anis” ni bukan keje dgn bank rakyat tp agen bank rakyat untuk kutip hutang. saya pernah kena dgn agen kutip hutang MARA dr APEX RESOURCES yg sgt celaka. dia boleh telefon berkali2 satu hari semata2 nk tanya kita dh byr ke belum bulan tu… senangnya keje dia… kau check le org dh byr atau lum. kadang2 x sempat gaji hujung bulan dh berdering2 call nk tanya bila nk bayar.bodoh punya org. dgn sombong pulak boleh ckp diorg sgt berkuasa.MARA pun tak ada kuasa mcm diaorg. ini org dapat komisyen bila kita bayar sbb tu dia jd sgt celaka mcm tu… dh tu boleh cite pulak kt kerani yg angkat telefon kita ada buat loan dgn bank itu n ini.mana boleh dia bgtau maklumat pelanggan. kalau ikut hati memang aku nk saman ja betina n kompeni celaka ni… kalau sapa yg ada nasib yg sama dgn APEX RESOURCES ni  leh mesej2

  6. saya juga pernah mengalami nasib yang sama ketika berurusan dengan bank rakyat. penantian yang lama di luar bilik terjawab kenapa setiap pelanggan yang masuk mengambil masa yang lama. rupanya sepatah dia cakap dengan pelanggan, 10 minit dia ambil masa untuk melayan internet sedangkan pelanggan di depan mata. sakit hati melihat perkara itu terjadi. urusan yang cepat menjadi lambat. Harap bank rakyat mengambil tindakan sewajarnya. terima kasih.

  7. lain kali lawan je kate costumer alwys right…. aku pernah kne ngan kaktagn sial dorg ni.. hheeerrrmmm aku lawan blik, maki die blik je…hah pa lagi pdn le muke org tu smpai bos die kluar jmpe aku… nasib baik la lpas tu setel klu x mmg kne la org tu blik hahaha puas hati yooo….

  8. tak tau lah camne mereka tu…saya dah settlekan akaun kad kredit bank rakyat saya tahun lepas…dah takde hutang tapi bila cek ada SAA sehingga sekarang…apa ni?…bila kol mereka kata memang dah settle…tapi sampai sekarang takde hitam putih…camne ni?..bukan sikit saya bayar tu…lima ribu lebih..cash…teruk lah macam ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>