Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan perkhidmatan staf kakitangan Bank Rakyat bahagian kutipan yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan. Nama staf tersebut ialah Anis. Cara dia bercakap dengan saya sangat kurang ajar seolah-olah saya berhutang dengan dia plulak. tersebut ada juga mengugut saya dengan mengatakan dia tak kisah kalau saya nak adukan sikapnya pada sesiapa yang berkenaan. Kelakuannya sangat ego. Padahal dia cuma pekerja saja. Saya rasa ramai orang diluar sana yang mengalami nasib seperti saya.

Saya tidak kisah jika dia hendak menghantar sms reminder kepada saya tetapi tidak perlulah menghantar berulang kali tanpa memeriksa terlebih dahulu dalam rekod sebelum menghantar sms reminder. Saya sudah reply berkali- kali dengan menyuruh dia memeriksa rekod pembayaran dulu sebelum menghantar reminder kepada pelanggan tapi dia melakukannyer. Cara staf tersebut sangat menjengkelkan saya kerna tidak tahu menghormati pelanggan.

Berginikah layanan anda terhadap pelanggan.Perkara ini dah terlalu lama saya simpan,tapi sekarang saya ingin meluahkannya. Saya berharap agar aduan saya ini dapat diberi perhatian.

By: suzana

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.