Merujuk perkara di atas, saya sebagai warga yang begitu perihatin terutamanya mengenai isu perlakuan muda-mudi terutamanya di sekitar Taman Maluri, Cheras. hampir sudah beberapa tahun dan sehinggalah sekarang saya mendapati aktiviti-aktiviti maksiat begitu berleluasa di sekitar bandar yang dimaksudkan di atas.
Aktiviti-aktiviti ini lebih tertumpu di kawasan hotel-hotel bajed yang terdapat di kawasan tersebut terutamanya seperti di hotel D’Garden, Hotel Hari-Hari, Hotel Golden Dragon, The Green Hotel sehinggakan pihak pengurusan hotel merahsiakan perkara tersebut kepada pihak yang berwajib demi mengaut keuntungan peribadi syarikat.
Apa yang menyedihkan pengunjug-pengunjung hotel tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar di institusi yang berhampiran. Tidak ketinggalan juga ada di kalangan kakitangan hotel menyediakan perkhidmatan seks serta menyediakan perkhidmatan pelacuran secara pesanan.
Oleh yang demikian saya sebagai warga Malaysia yang beragama Islam berhak menyatakan serta mengadukan perkara ini ke pihak yang berwajib agar ianya dapat dibenteras sekeras-kerasnya di kawasan yang terbabit. Yang lebih menghairankan bagaimana perkara ini dilihat seolah-olah tidak diambil tindakan yang sewajarnya semenjak beberapa tahun saya bekerja di kawasan ini.
Diharap pihak yang berwajib dapat menerima aduan ini sebagai perkara yang positif demi menjaga peradaban tatasusila rakyat yang beragama Islam di negara ini.
Sekian terima kasihHantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan