Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat kesal dengan sikap para pengusaha premis burung walit yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA”, premis harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa meter sahaja dari kawasan rumah.

Ditambah pula dengan bunyi kicau yang dimainkan dari pembesar suara yang diletakkan di premis itu AMAT-AMAT mengganggu ketenteraman penduduk disekitarnya.Bunyi ini dimainkan tidak mengikut peraturan langsung.Sepatutnya bunyi ini perlu dihentikan pada jam 7 malam,tetapi sampai jam 8 baru dihentikan.

Aduan telah pun dibuat oleh beberapa penduduk sebelum ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Daerah Rompin tetapi seolah-olah macam tiada perubahan.Apakah para pengusaha itu punya lesen yang sah? Sebagai denda,para pengusaha hanya dikenakan RMXXX untuk setahun.Berbaloikah?

Harap pihak yang lebih berkuasa tolonglah pantau masalah ini. Jangan sampai para penduduk di kawasan ini buat tindakan mereka sendiri sesudah aduan tidak diendahkan.Minta juga pihak yang berwajib jawab apakah pasti tiada kesan penyakit bawaan dari burung ini? Minta pantau/kawal alat untuk memainkan bunyi untuk memanggil burung supaya tahap kicau lebih perlahan

Minta Tolong Sangat-Sangat!!!

By: Bukan Dengki

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.