Peraturan Pelik Pusat Rekreasi
Saya Wan, ingin membuat aduan tentang pusat rekreasi di Sabah. Maafkan saya, saya tak tahu alamat penuh pusat rekreasi itu. Tapi, laman web berkaitan tempat itu ialah http://aboutsabah.com/places/water-world-kota-kinabalu/ . Kalau tak silap tempat tu di Luyang, Bukit Padang Kota Kinabalu Sabah.
Aduan saya adalah berkenaan peraturan ‘pelik’ pusat rekreasi itu. Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa wanita-wanita yang ingin mandi di sana ‘WAJIB’ membuka tudung. Saya pernah nampak seorang wanita bertudung kena halau sebab memakai tudung, sedangkan wanita itu hanya merendam kakinya.
Persoalannya sini, mengapa kaum wanita muslim ditindas sebegitu rupa? Saya dapat tahu bahawa “Manager” taman itu adalah orang Inggeris. Itu bukan masalahnya sebab ini negara Islam!!! Terima kasih…maaf banyak sangat kesalahan tatabahasa…harap Tuan dapat tolong kaum wanita islam ini…adik dan kakak saya tidak mahu ke sana lagi sebab kes ini…tolong
By: Mohd Ridhwan
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Mejark
-
Guest
-
Khaza
-
-
nadi





