Salam,

Saya telah mendapati ada beberapa peniaga di Jalan Petaling tanpa rasa takut dan bersalah telah mempamerkan dan menjual alat menghisap dadah jenis ganja dan syabu secara terbuka.

Hal ini sepatutnya menjadi kesalahan yang berat di bawah Akta Dadah Berbahaya tetapi menghairankan ianya tidak diambil tindakan oleh penguatkuasa DBKL yang berligar-ligar di kawasan terbabit. Sudahlah imej negara kita telah tercemar dengan membenarkan peniaga berniaga barangan tiruan secara terbuka dan di promosikan sebagai produk pelancongan Malaysia, ditambah lagi dengan penjualan alat yang menyalahi undang-undang juga boleh menambahkan keburukan di matan pelancong.

Harap pihak Aduan Rakyat dan pihak DBKK, PDRM, PEMADAM, dan NGO berkenaan dapat turun padang untuk memantau Jalan Petaling ini.

Sekian terima kasih.

By: IbnuAki

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.