≡ Menu

Penolong Kanan dijanjikan DG48

Saya ingin menarik perhatian semua pihak, khususnya TPM berkaitan dengan ucapan pada sambutan Hari Guru 2011. Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan bahawa semua Penolong Kanan di sekolah akan dinaikkan gred DG48 mulai 2012. Namun sehingga hari ini, tiada apa-apa perkembagan berkaitan perkara tersebut, Saya tertanya-tanya sama ada terdapat pihak yang sengaja melewatkan kenaikan tersebut tanpa pengetahuan TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tiada maklumat daripada pihak Bahagian Sumber Manusia, KPM dan seolah-olah janji TPM tersebut tidak diambil berat. Malah apabila ditanya kepada Pembantu Tadbir, pihak PPD, JPN atau KPM tidak meminta apa-apa maklumat Penolong Kanan untuk diproses bagi kenaikan gred tersebut. Kini sudah hampir Hari Guru 2012, adakah perkara ini akan terus tergantung akibat sikap pegawai di KPM atau kami memang dibiarkan mengharap sehingga Hari Guru 2013 pula

Tanggungjawab dan beban tugas Penolong Kanan amat berat namun seprti tidak dihargai. Malah guru Tingkatan Enam lebih diberi keistimewaan sedangkan kami yang menguruskan sekolah dengan dedikasi.

Mohon pihak berkaitan memberi perhatian terhadap aduan ini.

By: mohammad

{ 5 comments… add one }

  • Sabkpm March 12, 2012, 15:07

    ini satu pengumuman yang dibuat secara melulu yang boleh menyakiti sebahagian guru, memang inilah nasib kita sebagai guru menteri kita sendiri pun tak ambil tahu tentang kita, tapi ingat kadang kadang mereka memerlukan kita untuk menunaikan hajat kita. sabar kawan ku guru

  • Azerbaijan March 15, 2012, 12:48

    terima kasih sabkpm…so mari kita tunjukkan kuasa kita kepada mereka yang pandai berjanji / jangan terlalu mengharap dan berlembut lagi…buktikan dalam pru13

  • Bainie2 March 25, 2012, 02:50

    Kalau nak dilaporkan masaalah dalam bidang perguruna ni memang banyak yang menimbulkan kekecewaan dikalangan guru….janji di atas satu hal…yang lain banyak lagi…bersabar sjalah jawabnya……..nak marah pun x jadi aper jugak!

  • Peladang_makmur_sdn_bhd April 29, 2012, 18:51

    NUTP KATA BULAN APRIL  SEKARANG DAH HABIS APRIL 2012

  • Msumathimohankumar June 10, 2012, 02:06

    CADANGAN UNTUK BAHAGIAN KENAIKAN PANGKAT  GURU  PENOLONG KANAN SEKOLAH 
     MENENGAH DAN RENDAH

    Kenaikkan pangkat untuk Penolong Kanan sekolah menengah dan rendah harus dipercepatkan kerana ia berkaitan dengan sisten pengurusan  pendidikan  sekolah dan murid.Bahkan ,dengan secara langsung  ia melibatkan  peningkatan  prestasi , sahsiah dan ko-kurikulum sekolah .Jika  kenaikkan pangkat guru -guru  penonong biasa dari( DG 41 ke 44 ,DG44 ke 48 -sek menengah) dan (DG 29 ke 32 dan DG 32 Ke 34-sek rendah) di ambil kira  mengikut pengalaman tahun berkhidmat , Saya cadangkan  agar bahagian kenaikan pangkat  sumber manusia  agar harus  memberikan kenaikkan pangkat secara fast-track untuk Penolong-penolong  kanan sekolah menengah dan rendah  mengambil kira tahun berkhidmad sebagai penolong kanan.kecekapan  menjalankan tugas sebagai PK ,markah prestasi,sifat dedikasi dan sebagainya untuk memberi motivasi dan galakkan supaya bertugas lebih aktif ,gigih lagi  menguruskan sekolah dan murid demi membangunkan modal insan yang berguna di masa hadapan .Bahagian Kenaikkan pangkat sumber manusia harus menitik beratkan isu kenaikkan pangkat untuk pengetua-pengetua sekolah menengah ,Guru-guru Besar sekolah rendah dan juga Penolong-penolong sekolah menengah dan rendah untuk menjadikan mereka sebagai pelapis kepada pengetua dan Guru Besar yang akan bersara kelak. 

Leave a Comment