Saya ingin menarik perhatian semua pihak, khususnya TPM berkaitan dengan ucapan pada sambutan Hari Guru 2011. Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan bahawa semua Penolong Kanan di sekolah akan dinaikkan gred DG48 mulai 2012. Namun sehingga hari ini, tiada apa-apa perkembagan berkaitan perkara tersebut, Saya tertanya-tanya sama ada terdapat pihak yang sengaja melewatkan kenaikan tersebut tanpa pengetahuan TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tiada maklumat daripada pihak Bahagian Sumber Manusia, KPM dan seolah-olah janji TPM tersebut tidak diambil berat. Malah apabila ditanya kepada Pembantu Tadbir, pihak PPD, JPN atau KPM tidak meminta apa-apa maklumat Penolong Kanan untuk diproses bagi kenaikan gred tersebut. Kini sudah hampir Hari Guru 2012, adakah perkara ini akan terus tergantung akibat sikap pegawai di KPM atau kami memang dibiarkan mengharap sehingga Hari Guru 2013 pula

Tanggungjawab dan beban tugas Penolong Kanan amat berat namun seprti tidak dihargai. Malah guru Tingkatan Enam lebih diberi keistimewaan sedangkan kami yang menguruskan sekolah dengan dedikasi.

Mohon pihak berkaitan memberi perhatian terhadap aduan ini.

By: mohammad

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.