Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aduan ini dilakukan selepas berlaku gangguan terhadap saya semasa mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di MRR2 Gombak.

Saya difahamkan terdapat ramai kutu-kutu yang menjalankan operasi menjual handphone China di stesyen tersebut secara haram. Saya dihampiri seorang lelaki yang cuba memperdaya saya untuk membeli HP tersebut, tetapi saya menolak secara baik.

Akibat berang dengan keputusan saya untuk tidak membeli HP tersebut, kutu tersebut mengetuk cermin kereta saya beberapa kali, dan berlaku pentengkaran. Cuba bayangkan jika wanita yang mengisi minyak di stesyen itu jika berlaku sedemikin.

Saya telah berjumpa dengan pengurus stesyen minyak berkenaan dan saya difahamkan oleh beliau aduan telah dilakukan ke unit KPDNKK dan pihak polis semenjak setahun yang lepas (2010) tetapi tindakan yang diambil tidak agresif, malah kutu-kutu haram tersebut makin bertambah bilangannya.

Saya sebagai pengguna di Malaysia ini berharap saya membuat aduan di salarun yang betul dan meminta pihak tuan mengambil tindakan segera.

Menurut maklumat daripada pekerja stesyen tersebut, kutu-kutu haram ini telah beroperasi sekian lama dan diharap dengan makluman ini dapat membantu saya sebagai pegguna.

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.