≡ Menu

Penipuan kontrak Linguaphone

Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka. Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual. Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan ”ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya”. Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Penjual tersebut memberitahu dia akan cuba membantu saya untuk membatalkan n memulangkan semula produk tersebut namun setelah beberapa hari saya cuba menghubunginya, tiada jawapan dan penjual berdiam diri. Pihak linguaphone berkali-kali menghubungi saya meminta untuk membuat bayaran. Saya bingung kerana baru saya tahu Produk Linguaphone telah menjerat ramai pelajar IPT khususnya pelajar kemasukan baru. Mereka mengatakan bahawa surat tindakan akan dihantar dan nama saya akan di ”BLACKLIST” sekiranya saya tidak membuat bayaran. Mereka mengatakan mengapa saya tidak menghubungi office sekiranya hendak membuat pembatalan. Bagaimana saya tahu akan hal itu sedangkan saya sendiri tidak diberitahu tentang perkara itu dan penjual juga hanya berdiam diri.

Baru-baru ini saya telah membuat bayaran tunggakan selama 13 bulan sebanyak RM 1430. Saya merasa amat tertipu dengan cara penjual menarik pelanggan untuk membeli produk mereka. Mereka memakai unsur pujuk dorong bagi mengaburi mata pelanggan supaya membeli produk mereka. Baru-baru ini juga ramai pelajar baru di Kampus saya telah membeli produk Linguaphone dan Pihak Jwatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah saya mencari pelbagai maklumat mengenai produk Linguaphone di Internet, baru lah saya tahu bahawa produk ini telah menipu dan ramai pelajar IPT yang telah membuat tuntutan terhadap produk ini.

By: Faridah Binti Salihan

{ 13 comments… add one }

  • AdySabah November 23, 2012, 13:43

    alamakk sya pun dah tertipu

  • pokmie November 24, 2012, 13:56

    ikutkan total harga tu,elok lagi pergi tuisyen,bukan hanya belajar dengan robot.

  • mimie November 30, 2012, 12:39

    adik sy juga ditipu oleh linguaphone! produk yg diberi lnsung tak berfungsi?! skrg nama dh balcklist krn enggan buat byarn ansuran…… ada sesiapa yg boleh beritahu mcm mana nk selsaikan masalah ni?

  • trer December 1, 2012, 00:18

    sebarkan masalah anda pada junior..percayalah ..jgn sesekali menandatangani apa=apa perjanjian tanpa pengetahuan ibu bapa anda

  • Chester Sheen December 5, 2012, 17:54

    sy pnh kene hina gn org yg jual linguaphone nie sbb sy xnk beli…

  • insan buntu December 11, 2012, 20:36

    mcm ne plak kalo kes dy da bli bnd ni and da hbs byr pn..? kes nye mcm ni.. dy da hbs byr pn dsbb kn ad promosi utk byr hbs.. promosi dy mcm ni, smpena prayaan, bki byran anda RM660.. tp kalo dpt jls kn byran dlm tempoh y dttpkn (promosi), kte jz plu byr RM420 n ia dikira hbs byr la.. Ni cth, tp seakan2 sma dgn situasi y sy alami sblm ni.. jd mcm ne kte nk surekan y kte da hbs byr? tkot tbe2 nme kte d blacklist.. pdhal dy da deal mcm tu.. slp nye dy jz deal mlalui fon n tiada htm putih pn.. ad kmgkinan x akn ditipu? anyone outhere.. can you help me??? kalo ad y blh bntu, email sy blurd_gurlz90@yahoo.com..

  • Honey Boney January 9, 2013, 12:42

    nasihat dr kakak : jumpa je mereka2 yg buat sales mcm nie, ckp je saya x de duit! comform dia x kan pandang korang!

  • mell93 January 11, 2013, 14:20

    saya juga sala satu mangsa linguaphone…dan cerita ni sama dengan kes saya. dan sampai sekarang saya masih dihantui oleh pangilan pihak linguaphon…duii,

  • kish January 15, 2013, 16:37

    saya pun sma… skrng nk bk akaun mybnk x boleh sbb blklist..menyesal n rasa geram sngt.

  • norharishan nordin March 12, 2013, 07:55

    prevention is better than cure. pls avoid listening to any salesman/girl if you don’t have any plan to buy something. because they were well taught to win your heart and money. btw, at least you have learnt your first lesson

  • aida April 10, 2013, 15:08

    sy pink sama..skrg nie dh sampai surat dari mahkamah,buntu sgt x tahu nk buat mcm mn..

  • rosman idmat May 9, 2013, 10:06

    penipuan berlaku terhadap anak saya, begini anak saya beli belajar bahasa inggeris tetapi perisian tidak boleh diguna. mengadu tribunal dan mahkamah tribunal suruh pulang balik deposit dan pulangkan perisian tersebut . kemudian dia orang masuk kes anak saya ke mahkamah tinggi. anak saya terpaksa bayar lebih rm 2000.00. jadi, bagaimanakah caranya untuk kita membenteras penipuan ini, mungkin mengujudkan satu kumpulan yang diinayai ini dan dana untuk melawan penipuan ini supaya tiada berleluasaan. buat masa sekarang ini, saya tak tahu nak buat apa, minta komen dari teman yang terkena penipuan.

  • ct September 19, 2013, 00:21

    kepada insan buntu..

    Saya pun dulu beli benda alah ni jgk dan sebagai freshie student (baru masuk diploma) saya beli tanpa soal bnyak. Hajatnye mmg nk pandai english, but okay lahh.. sbbbenda ni kan atas kite..klau rajin mmg benefit nya goes to u lah kan. Saya pun kerap dihujani panggilan suruh saya bayar, dan adalah beberapa bulan saya xbayar, tiba2 sampai surat lawsuit kata klau saya tak bayar, saya akan di blacklist.. Cuak kemainlah kan, masa tu baki adalah dalam 500++ tapi masa tu ada rezeki sikit, mak saya tolong bayarkan selebihnya. Dan sampi skrg alhamdulillah dah takde apa dah.. Fyi, saya beli tahun 2008 dan setelkan semua hujung tahun 2009.

    Tiba2 baca forum ni, saya jadi cuak pulak klau ntah2 tak settle lg dgn pihak lp sbb saya pun takde hitam putih seingat saya. Cuma yg saya tau lepas saja last settlement sy buat, lp dah takde call sy dah n saya dah buat bnyk akaun bank so far (means nama bukn dlm blacklist) but..who knows.

Leave a Comment