Saya berasa sangat kesal dengan perkhidmatan digi.  Telah beberapa kali wang saya habis begitu sahaja sedangkan penggunaan tidak seberapa.

Contoh terakhir, pada hari ini, 15 Ogos 2011 saya telah mengisi top up sebanyak sepuluh ringgit.  Dan 2900 menghantar makluman memberitahu baki wang saya RM 11.14.  Saya menghantar 2 mesej kepada 2 individu yang setiap satu hanya 1 muka.  Apabila saya semak baki wang saya tinggal RM 6.84.  Saya langsung tidak menelefon sesiapa.

Bagaimana terjadi demikian?  Saya berasa benar-benar tertipu.  Sebelum ini pun begitu,  saya menghantar 3 mesej dan call tidak sampai 3 minit, saya terima mesej dari 2900 mengatakan baki wang saya tidak sampai RM 2.  saya tidak tahu pada siapa saya patut mengadu.  Harap dapatlah sesiapa membantu saya.

Saya juga ada terbaca dalam internet terdapat orang lain yang juga mempunyai masalah seperti saya.

By: imahaniz

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.