≡ Menu

Penipuan dari pihak yang mendakwa Celcom

Pada 22/8/2012  jam 9.43 am saya telah menerima panggilan yang kononnya dari Celcom (no private) , memaklumkan nombor talipon saya telah dipilih utk memenangi hadiah RM 7000. Beliau seterusnya bertanya bank mana saya guna. Bila saya kata tak minat, beliau kata bukan nak mintak no acc. cuma nak tahu bank mana saya ada. Saya berkeras tak berminat. Pemanggil yang suaranya slang Indonesia tu terus letak talipon.

Aduan saya ini harap diambil tindakan supaya jangan ada yang tertipu.. Saya dah banyak membaca (guru) mungkin dapat meneka ada unsur penipuan  (Senang ke org nak bagi duit percuma pada orang lain), macam mana kalau ada yang percaya dan tertipu…

Sekian . Terima Kasih.

By: Fauzah Binti Ahmad

{ 4 comments… add one }

  • shah rizar August 25, 2012, 20:51

    saya pun pernah dapat panggilan macam ni, first tgk unknown number dah tau tu satu penipuan ditambah pula dgn dialek indonesia.

  • Ramlah Abd Rashid August 26, 2012, 20:37

    sama la..saya pon dapat call jugak lebih kurang 2 minggu lepas..dia kata nombor saya menang cabutan bertuah..

  • jojie August 28, 2012, 10:13

    saya tak pernah lg terima panggilan yg mendakwa celcom..malainkan secara SMS ringkas memberitahu dari celcom & kata sy telah memenangi bla bla bla. melalui panggilan telefon pula yg mendakwa mereka buat panggilan dari power root dan nk minta num acc..dengan slang ntah dr mana..bukan malaysian.num pun byk digit nd bukan malaysia punya num. takut juga.ada kawan sy yg lebih muda juga dapat panggilan sama, dan dia mula percaya.. means, some peeps yg trima panggilan tu ada juga yg terpedaya..lebih2 lg mereka yg belum mengenali dunia crime macam ni..

  • khairul efendi Ahmad September 5, 2012, 02:27

    kena jugak la..bulan jun..siap janji bagai..aku maki dia dan sumpah dia..mungkin bengang,trus letak telipon..(kesal sbb bg no kad debit bank rakyat,esoknya aku suruh bank rakyat batalkan kad dbit berkenaan..buat yg baru)

Leave a Comment