Satu syarikat iaitu Star World (di Carrefour Kepong) telah mengadakan peraduan buka dan menang. yang mana siapa yang menang akan dijanjikan hadiah bermula dari RM8000 dan ke atas. Saya tidak pasti berapa ramai yang terkena, tetapi syarikat ini menggunakan nama syarikat dari Jepun untuk memberi hadiah.

Pelanggan yang terkena perlu membayar kos pengiklanan sebanyak RM6000 tetapi mereka turut diberi barangan. sebenarnya barangan yang diberi adalah lebih murah daripada harga barangan yang djanjikan iaitu sebanyak RM8000. tolong siasat supaya mereka tidak mengenakan pengguna lain kerana pengguna membayar harga lebih tinggi daripada barang yang dimenangi.

By: nur syahida bt abdul halim

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.