Asalamualaikum dan selamat sejahtera

disini saya ingin menarik perhatian semua warga Lahad Datu terutama pihak pihak berwajib tentang senario penipuan alat timbang di Pasar Ikan Lahad Datu yang telah sekian lama berleluasa dan seolah-olah tidak ada pemantauan yang dibuat oleh KPDNKK Lahad Datu bagi membendung gejala tidak sihat ini

Penipuan seperti ini bukan sahaja merugikan pelanggan malah boleh merosakan imej kerajaan yang selama ini hebat memperkatakan dan mempromosikan tentang INTEGRITI .

Di Lahad Datu ini ada tiga (3) wakil rakyat 2 ADUN dan 1 Parlimen yang gah memperjuangkan hak rakyat jadi inilah masa dan tempatnya untuk membuktikan tentang apa yang di laung-laungkan selama ini dan jangan pula sampai “terjadi kera di hutan di susukan anak dirumah mati kelaparan

Penipuan yang dimaksudkan ialah tentang alatan timbang yang digunakan seolah tidak mengikut piawaian kerana setiap kali saya membeli ikan di Pasar tersebut kemudian saya menimbangnya semula di kedai-kedai runcit mesti kurang 200 – 300gm jadi saya berharap lah pada pihak berwajib buka lah mata ringan-ringankanlah tulang untuk turun padang demi kesejahteraan rakyat di Lahad Datu ini dan bagi warga lahad Datu yang membaca aduan saya ini saya syorkan bila membeli ikan di Pasar Lahad Datu cuba lah timbang semula di alat timbang yang dluluskan pasti anda tau jawapannya….(Tepuk dada tanya selera)

Begitu juga dengan harga ikan yang tidak ada kawalan yang mana sentiasa berubah ubah dan tidak masuk akal langsung Contohnya :- pada hari ini harga sekilo ikan kembung RM3.00 esok lusa sudah mencecah RM7.00 sekilo jadi sekali lagi saya berharap kepada pihak berwajib agar sentiasa memantau agar perkara ini seperti ini tidak berlaku lagi di Lahad Datu Bumi bertuah kita ini.

By: mursalin ismail

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.