≡ Menu

Peniaga Motosikal Beroperasi di Kawasan Kaki Lima

Saya ingin membuat aduan mengenai kedai kedai motosikal di sepanjang Jalan Sentul. Jalan ini mempunyai bilangan pengguna jalan raya beranggaran sehingga  100,000 kenderaan sehari.

Peniaga peniaga ini menyusahkan masyarakat dan para pengguna jalan lain dengan tidak mematuhi undang undang kawasan premis. Mereka membaiki  motor di luar premis  mereka sehingga  menghalang laluan kaki lima dan jalan susur masuk  yang sepatunya digunakan  untuk laluan  kenderaan  atau untuk memuat turun barangan serta menurunkan penumpang bas. Pejalan kaki tidak  dapat melalui laluan  di kaki lima dan terpaksa berjalan di luar jalan besar yang tidak berbumbung. Apabila hujan, pejalan kaki terpaksa berjalan di bawah hujan.

BACA:  Masalah Bekalan Air di Flat DBKL PPR Gombak Setia

Bas awam pula terpaksa berhenti ditengah jalan raya utama untuk menurunkan penumpang dan hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Baru baru ini,  pagar baru telah dibina untuk menghalang motosikal dari masuk ke kaki lima. Tetapi, tak sampai 1 bulan, peniaga peniaga motosikal telah menceroboh  masuk ke kaki lima dan terus beroperasi di kawasan kaki lima macam kawasan kaki lima kepunyaan mereka. Ini menjadikan semua kerja  penambah baik, menaik taraf  dan pembinaan pagar cantik oleh jabatan kerja raya dan DBKL tidak berguna dan sia sia.

BACA:  Ruang Parkir Tidak Mencukupi di LRT Sri Rampai

Saya berharap pihak tv3 boleh mengutarakan masalah ini supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan sewajarnya.

*Gambar sekadar hiasan

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan