Assalamualaikum,

Saya penyewa di Flora Damansara Block F, rasa amat kesal dengan pengurusan di Flora Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Pada 31/03/2011, berlaku kecurian fius elektrik di Block F, dimana bilik fius elektrik yang sepatutnya dikunci, telah diceroboh dan berlaku kehilangan fius. Bilik tersebut sepatutnya berkunci, namun pihak pengurusan tidak mengunci dan tidak mengambil endah terhadap kepentingan penduduk.

Difahamkan, pihak TNB telah datang pada awal hari tersebut untuk membuat pemotongan bekalan di Block A dan Block B. Secara amnya, boleh dikatakan penduduk yang bekalan elektriknya telah dipotong, datang ke Block F dan mencuri fius tersebut.

Saya telah menghubungi pihak TNB untuk meminta bantuan, namun gagal. Pihak TNB menasihatkan saya supaya berhubung dengan pihak pengurusan kediaman oleh kerana mereka sepatutnya memastikan bilik tersebut berkunci. Oleh kerana, saya dan penduduk lain berkeluarga dan sudah lewat malam, kami terpaksa membeli fius tersebut dengan pihak kontraktor luar dengan harga rm80 setiap satu fius.

Pada keesokkan harinya, saya terus ke pejabat pihak pengurusan kediaman Flora di Block H, dan membuat aduan terhadap kehilangan fius tersebut. Apa yang mereka nasihatkan agar membuat aduan kepada pemilik rumah supaya ditolak sewa. Saya juga mengarahkan supaya bilik tersebut dikunci serta-merta bagi mengelakkan kecurian berlaku sekali lagi. Namun mereka hanya mengatakan bahawa bilik tersebut tidak dapat dikunci atas alasan kerosakan pada pintu tersebut. Saya tidak bersetuju dengan alasan dan langkah penyelesaian yang diambil oleh pihak pengurusan Flora.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mengunci bilik tersebut demi keselamatan dan juga bagi mengelakkan kecurian berlaku. Akan tetapi mengapa saya yang perlu membuat tindakan yang demikian sedangkan yuran pengurusan (Maintenance Fee) dibayar setiap bulan kepada pihak pengurusan untuk menguruskan segala urusan kediaman?

4 hari kemudian, pada hari Ahad 3/4/2011 pada jam 3 pagi, saya mendapati tiada bekalan air ke Block F pula. Tiada notis dikeluarkan. Setelah seharian menunggu, satu notis dikeluarkan yang mengatakan pam bagi Block F telah menghadapi kerosakan dan sedang dibaiki. Tiada jangkamasa yang diberikan. Sehingga hari ini, Isnin 4/4/2011 bekalan air masih lagi tiada. Mengapa pihak pengurusan tidak mempercepatkan proses pembaikian? Adakah yuran pengurusan (Maintenance Fee) yang dibayar sudah kehabisan?

Saya amat kesal dan tidak berpuas-hati dengan cara pengurusan mereka.

Sila ambil tindakan untuk mengakhiri sengsara penduduk Flora Damansara.

Saya boleh dihubungi di:

Khairie@live.com.my
0179000160

By: Khairie

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.