1. Keputusan dibuat dalam segala urusan pentadbiran sekolah dibuat mengikut kata guru yang dia percaya sahaja. Kadang kala keputusan yang dibuat tanpa memikir hati dan perasaan staf dan pelajar.
  2. Bersikap pilih kasih antara staf dan guru.
  3. Meletakkan staf ditempat yang tidak sepatutnya. Contohnya meletakkan kerani N17 dibilik rezo.
  4. Peruntukan sekolah banyak diselewengkan mengikut suka hati dia sahaja. Resit beli barang banyak yang palsu. Contohnya renovation tandas asrama pelajar lelaki tetapi bila dilihat tandas tiada perubahan pula.
  5. Menghalang perpindahan guru dari sabah ke semenanjung. Contohnya tidak menurunkan tandatangan borang perpindahan atau melambatkan pengurusan borang perpindahan.
  6. Adalah pengetua seperti ini layak diberi kenaikan pangkat? Baru -baru ni dia dapat DG54,layak ke orang sebegini? Saya sarankan kepada nazir bila dataang pantau,pantau betul-betul jgn lepas batuk ditangga. Ingat ya kualiti bergantung kepada kepimpinan pengetua bukan pelajar. Naik pangkat satu sekolah pening….Minta siasat.

By: Nazarul Aiman

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.