Aduan ini terpaksa dikeluarkan atas arahan PRO JHEAINS. Berikut adalah email yang dihantar kepada kami:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,,

Tuan Admin Aduan Rakyat Online,

Saya merujuk post tuan melalui entri Pengetua Belasah Pelajar pada October 19th, 2011 | Author: admin yang memaparkan tentang isu yang berlaku di sekolah berkenaan.

Untuk tidak memanjangkan isu dan spekulasi yang mengundang pelbagai masalah ini, saya bagi pihak PRO JHEAINS meminta tuan supaya menarik balik serta memadamkan entri/post ini dalam blog tuan.

Tujuannya adalah untuk kebaikan semua pihak. Didapati semua kenyataan tersebut perlukan penyelitian dan siasatan menyeluruh.

Kami amat menghargai sekiranya tuan memadamkan entri/post berkenaan dalam blog tuan.

Jumain Abdul Ghani

PRO JHEAINS
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
Website:http://jheains.sabah.gov.my

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.