Peneroka kecewa, bantuan RISDA tidak sama rata
Saya mewakili ibu saya,yang merupakan peneroka Felda Jelai 02 Gemas,ingin melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati berkenanan wang bantuan Risda yang telah diagihkan kepada semua peneroka Felda Jelai 02.
Penagihan wang bantuan telah dibuat sebanyak 2 kali,namun seramai 32 orang peneroka daripada 500 peneroka Felda Jelai 02 termasuk ibu saya tercicir daripada menerima bantuan tersebut.Pertanyaan telah diajukan kepada pihak yang berkenan,namun jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati dan menimbulkan kekeliruan kepada peneroka yang terlibat.
Bantuan pertama telah diagihkan beberapa tahun yang lalu lebih kurang RM 5,000 dan bantuan kedua yang diterima baru – baru ini lebih kurang RM 14,000,namun ibu saya dan 32 peneroka terbabit tidak menerima kedua – dua wang bantuan tersebut. Persoalannya mengapa dan dimanakah silapnya terjadi keciciran seramai 32 orang peneroka ini sedangkan mereka memegang status yang sama sebagai peneroka Felda.Dimanakah hak kami sebagai peneroka?
Saya mewakili ibu saya dan 32 orang Peneroka yang kecewa mengharapkan pihak Aduan Rakyat dapat mencari penyelesaian dan merungkai kekeliruan mengenai pengagihan wang bantuan tersebut yang kurang jelas. Di harap pihak yang berkenan dapat memberi penjelasan yang sewajarnya…………….
sekian, terima kasih
“Anak peneroka yang kecewa’”
By: sm
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Mustafa





