Saya adalah salah seorang mangsa penganiayaan pihak JMB Lagoon Perdana. Saya sudah menginap 5 tahun di sini tetapi tiada apa-apa pun yang berubah. Lift di resindensi kami sudah lama rosak, hampir setahun sudah. Kami yang berkeluarga, warga tua anak-anak kecil sudah tidak mampu lagi naik turun tangga bangunan setinggi 18 tingkat.

Taman permainan anak kecil rosak penuh dengan lumut di lantainya menjadi kawasan warga asing berpesta dgn minum arak dan merokok setiap malam.

Kenderaan kami rosak kerana kena air kapur yg enggan di baik pulih oleh pihak tersebut. Bangunan kami juga sudah retak kerana hujan lebat, enggan di baik-pulih oleh pihak JMB kerana dikatakan retakan itu adalah dari dalam bangunan dan itu bukan masalah.

Di musim hujan ini, air hujan yg lebat menyebabkan parkir LG banjir sehingga paras bawah betis kerana tiada yg perbaiki sistem perairan yg kini asyik menyababkan lift rosak.

Di sebabkan banjir ini juga, terdapat byk kawasan bertakung di LG yg kini penuh dgn nyamuk denggi. Parkir yg gelap juga menyebabkan 2 gadis indon di rogol oleh negro kira-kira 3 minggu lepas. Byk kes pecah berlaku namun tiada yg ingin bertanggungjawap.

Security juga tidak mengendah perkara yg berlaku di sekeliling. Kami sudah menyadu semua perkara di atas kepada pihak JMB tetapi tiada apa-apa tindakan di buat. Kami juga sudah mengadu perkara kepada pihak ADUN Kelana Jaya Cik Devi juga En Timothy Ho . Tetapi, mrk juga melepas tgn dgn memberikan no telefon utk membuat aduan.

Bila kami menghubungi no yg di berikan, tiada yg menjawap telefon. Kami hanya mampu menangis terkenang nasib kami di sini yg tidak di bela. Warga asing bermaharajalela penduduk tempatan hanya mampu mendiam.

Kami merayu pihak Aduan Rakyat utk membantu kami dgn segera sbb kami sudah tidak tahan lagi dgn semua ini. Kami sudah tidak sesiapa yg ingin membantu. Kami tidakla kaya utk membayar bantuan kalian. Cuma kami harapkan nasib kami di sini di bela.

Terima kasih kerana sudi mendengar aduan kami.
By: Nisa

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.