Penduduk Bakun perlukan pembelaan
Di sini ingin kami luahkan tentang nasib kami penduduk yang telah diusir dari tanah tumpah darah kami iaitu di sekitar kawasan Bakun yang hari ini sudah ditenggelami air atas nama pembangunan sebuah empangan mega.
Sudah 14 tahun berlalu, Bakun sudah siap dan mula beroperasi tetapi apa yang dijanjikan kepada kami 14 tahun lalu masih gagal ditunaikan. Kami dipindah dengan rasa berat hati kerana terpaksa! Tetapi hari ini tiada sesiapa yang datang membela nasib kami yang tidak menentu ini.
Kalau dulu,kehidupan kami tidaklah sesusah hari ini terutama dari segi pendapatan, tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Urusan mencari makanan dan berburu sudah menjadi sempit dan sukar. Segalanya memerlukan WANG untuk berurusan dan rumah yang disediakan 14 tahun dahulu sudah mula menunjukkan kerosakan dan perlu diperbaiki juga menggunakan WANG.
Pampasan yang diterima sebelum ini jauh lebih rendah dari yang dijanjikan dan kerajaan masih berhutang kepada kami. Biasiswa untuk anak-anak kami juga tidak diberikan walaupun anak-anak kami layak untuk menerimanya. Inilah nasib yang menimpa kami dan inilah juga nasib yang akan menimpa penduduk-penduduk lain di mana empangan lain akan didirikan.
Proses menabur janji dan mempengaruhi penduduk memang terus menerus dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya oleh YB-YB yang memang pakar berbohong! YB-YB itulah yang merupakan pembohong besar dan perampas hak dan tanah rakyat tanpa belas kasihan..kami tiada pilihan selain terpaksa balik ke tempat asal dan membina jelatong di tasik tersebut kerana itulah sahaja yang mampu dilakukan. ITULAH TEMPAT HIDUP DAN MATI KAMI!! Tiada siapa yang dapat menghalang kami kerana Bakun adalah hak kami..
By: Awg Prihatin
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |





