Saya pemengang kredit kad Ambank sejak tahun 2007 sehingga kini dan sepanjang waktu itu sy tidak pernah mendapat gangguan daripada mana-mana pihak insuran, kad center atau sebagainya untuk mempromosikan service mereka. Tetapi selepas saya menggunakan kredit kad daripada Maybank sejak Nov.2011 (ditawarkan melalui phone call daripada pegawai berbangsa melayu), pelbagai pihak telah menelefon saya untuk mempromosikan produk mereka, dimana ianya amat menggangu diri saya.

Adakah maklumat peribadi saya telah didedahkan kepada pihak ketiga oleh pihak Maybank? Itu andaian saya. Sekiranya ianya betul diharap pihak atasan bank dapat memberi nasihat kepada pegawai yang terlibat betapa pentingnya untuk merahsiakan setiap maklumat pelanggan termasuk nombor h/phone. Dan kepada pegawai-pegawai bank yang terlibat, merahsiakan maklumat pelanggan adalah satu amanah yg dipertanggungjawab ke atas anda.

By: Puan Shidah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: